Saturday, 10 November 2018

[Video Pindaan AUKU: PM, kabinet nyatakan sokongan, kata Maszlee] Polis beri amaran kepada Shahidan hadir ke mahkamah Isnin ini! Australia nafi keluarkan pasport kepada Jho Low.

Sabtu, 10 November 2018
Foto Suara Rakyat.
ARAU: Polis memberi amaran kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Kangar Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan kes cabul seorang remaja perempuan 15 tahun.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menahan bekas menteri itu sekiranya beliau cuba memberi alasan untuk mengelak dari hadir.

Di mana sahaja dia pergi, polis akan menahan beliau dan kita berharap perkara (tangkap) itu tidak akan berlaku,” katanya.

Noor Mushar menegaskan, sudah tiada alasan lagi untuk Shahidan tidak hadir kerana dia sudah maklum akan perkara terbabit kepada Ahli Parlimen itu.

Jika UMNO/BN berkuasa dulu boleh saja terlepas dari segala dakwaan. APAKAH NASIB SHEIKH SHAHIDAN KASSIM KALI INI slps UMNO/BN hilang kuasanya ??!

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/496511/shahidan-kena-hadir-isnin-ini-ketua-polis-perlis

Australia nafi keluarkan pasport kepada Jho Low

Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia menafikan spekulasi bahawa ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low mendapat pasport dari negara itu.
"Rekod jabatan menunjukkan Low Taek Jho tidak memegang pasport Australia," kata jurucakap jabatan itu kepada Malaysiakini.
Ia mengulas laporan The Star semalam yang memetik sumber sebagai berkata Low mungkin mendapat pasport dari Thailand, Australia dan New Zealand.
Sumber berkata Low mempunyai keluarga di Thailand, yang mungkin membolehkan dia menikmati "keistimewaan" seperti mendapatkan pasport negara itu.
Low, juga dikatakan mempunyai hartanah di Melbourne dan Sydney bersama-sama dengan aset NZ$ 265 juta (RM747 juta) yang dimiliki dalam unit amanah di New Zealand.
Kedua-dua pasport yang dimiliki Low dari Malaysia dan St Kitts and Nevis telah dibatalkan.
Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini dikatakan sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB.
Minggu lepas, Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) mendakwa Low tanpa kehadiran tertuduh (in absentia) kerana berkonspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram berbilion ringgit daripada 1MDB dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika (FCPA).
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena