Wednesday 14 November 2018

[Video Kah3 Ku Nan kena tipu guru2 di wilayah? Ku Nan Ditahan Di Lokap SPRM] Siap sedialah mana2 pemimpin Umno & pembangkang yg lain bersekongkol dgn Najib! Isu jualan tanah DBKL RM5.63 bilion: SPRM tahan Tengku Adnan.

Rabu, 14 November 2018



Foto Suara Rakyat.
Siap sedialah mana2 pemimpin Umno & pembangkang yg lain bersekongkol dgn Najib mahupun Umno bakal dipanggil utk menjawab peperiksaan SPRM nanti dgn cemerlang....
Krikk.. Krikk.. Krikk..

Isu jualan tanah DBKL: SPRM tahan Tengku Adnan

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Utusan Malaysia Online yang memetik sumber, melaporkan Tengku Adnan ditahan pada jam 3.15 petang selepas tiba untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Tengku Adnan sudah sampai ke ibu pejabat SPRM, selepas tiba pada pukul 3.15 petang beliau terus ditahan,” katanya.
Tengku Adnan hari ini dipanggil bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penjualan tanah DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Difahamkan, Tengku Adnan akan didakwa esok berhubung siasatan kes berkenaan termasuk 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.
Baru-baru ini, media melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion disiasat oleh pasukan khas Kementerian Wilayah Persekutuan dan SPRM sejak 31 Julai lalu.
Pada bulan lalu, Tengku Adnan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah tersebut.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena