Wednesday, 7 November 2018

[Video Lawak Tok Mat Hassan: Kita Sama Kita Berlago, Orang Lain Yang Konyang...] Konsep tender terbuka tidak jejaskan agenda bumiputera - Lim

Khamis, 8 November 2018

Image may contain: 1 person, meme and text
‘dead man walking’ 
Tumpang sekole.

Konsep tender terbuka tidak jejaskan agenda bumiputera - Lim

Langkah kerajaan memperkenalkan konsep tender terbuka tidak akan menjejaskan agenda bumiputera, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Sebaliknya, beliau berkata langkah itu dilihat akan membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor bumiputera mendapatkan sesuatu projek itu dengan lebih adil dan terbuka kepada semua dengan tidak terhad hanya kepada pihak tertentu sahaja.
"Apa yang diamalkan sekarang ialah kita tukarkan kepada tender terbuka. Apa yang dalam agenda bumiputera tetap sama tapi tender terbuka. Bukan macam dulu kena dapat tanda tangan pihak tertentu, hanya orang yang ada kabel kuat. Itu kita tak mahu lihat ia berlaku lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Khas Belanjawan 2019, di Geoarge Town malam tadi.
"Saya harap di sini tidak ada kesan, hanya dari segi keadaannya tender terbuka, termasuk di kalangan kontraktor Kelas F. Sebagai contoh bila kita amalkan di Pulau Pinang, kita boleh lihat ada kontraktor-kontraktor bumiputera yang benar-benar buat kerja. Itu yang saya nak berikan tumpuan.” tambahnya.
Beliau berkata menerusi tender terbuka, tiada lagi rundingan terus mahupun tender terhad bagi sesuatu projek termasuk projek kerajaan seperti projek di bawah Perbadanan Nasional Berhad dan Majlis Amanah Rakyat.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena