Wednesday 7 November 2018

[Video Najib dipanggil SPRM] Wowww, Syarikat Sewa Kereta dpt projek di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion tanpa tender terbuka? Tapi macai2 & walaun2 tetap kata UmnoBN baik! Najib dipanggil SPRM berhubung kes pemasangan tenaga solar pula.

Khamis, 8 November 2018
Foto Suara Rakyat.
WOWW !!.. Kenapa sebuah syarikat sewa kereta shj yg dimiliki oleh naib ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak boleh dpt projek dari Kementerian Pendidikan yg bernilai RM1.25 bilion dgn tanpa tender terbuka?

Malah Najib Razak didakwa meluluskan projek pemasangan panel solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak pada Januari lepas.

Projek berkenaan yang sepatutnya disiapkan dalam tempoh 18 bulan dilanjutkan sehingga tiga tahun dan sehingga kini tiada kerja-kerja pemasangan dibuat.
Ali Projek tu nilai keseluruhannya RM 3 BILLION, semua penyamun makan atas angin je
1.Bijan
2.Kementerian pendidikan

3.Rizal Mansor
4.dan lain2 penyamun!
Wang rakyat lesap,  kerja tak buat langsung, tapi macai tetap kata UMNO BN baik, baik mampus je korang semua !

Najib dipanggil SPRM berhubung kes pemasangan tenaga solar

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya hari ini, bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Kenderaan dinaiki Najib kelihatan masuk ke ibu pejabat tersebut melalui pintu belakang pada kira-kira pukul 9.40 pagi.
Terdahulu, bekas perdana menteri itu menemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi, bagi mendengar prosiding sebutan kes.
Pada Oktober lepas, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid turut dipanggil SPRM bagi memberi keterangan selama lima jam berhubung kes sama.
Sebelum itu, pada 9 Julai, bekas pegawai khas kepada Najib ditahan SPRM sebelum direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena