Tuesday 13 November 2018

[Video LEISSNER tidak peduli KETUANAN Umno] Gambar yg bukan untuk diketawakan.

Selasa, 13 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Gambar yg bukan untuk diketawakan
Dalam tempoh 20 tahun ini, sebenarnya Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kita. Yang mana ada kita baca di dalam kitab2 nya dahulu.
Kita hidup di dunia bukan kita pengarahnya. Pengarahnya nun di atas sana...Yang Maha Berkuasa. Di mana ada 3 watak utama bernama Mahathir, Anwar dan Najib untuk dijadikan cerita betapa hebatnya kekuasaanNya. Betapa hebatnya Dia membetulkan keadaan minda manusia yang sudah rosak... Alhamdulillah..
Bagaimana Anwar hilang dari tampuk kuasa dan dihina begitu teruk, kemudian org melakukannya Tuhan hukum utk dia merasainya sehingga dia berubah dan ingin membetulkan keadaan semula. Allah makbulkan dan kini Tun sedang melakukan yg jauh dari cara lamanya.
Dalam Tun diuji, Najib menunjukkan kesombongannya. 'Cash is king', seorang manusia yg angkuh dan lupa akan kekuasaan Allah yg mana Dia boleh memberi dan Dia boleh mengambil kembali nikmat tersebut walau 1000 manusia menghalang dgn segala penipuan.
Gambar ini bukan untuk kita ketawakan. Tapi ambillah ia sebagai ikhtibar. Jika sebelum ini ke sana sini mereka di kelilingi pengampu2 nya... kini di mana mereka.
Jika dulu berpuluh puluh mengawal keselamatan mereka, kini mereka hilang semua itu. Malah lebih teruk dari itu dari manusia yg paling berkuasa di negara ini mereka kini sedang diadili. Jika bersalah akan dipenjara... untuk merasai bagaimana yg pernah dirasai Anwar sebelum ini.
Kita sebagai rakyat ambillah ikhtibar. Apa yg diceritakan dlm riwayat2 Islam itu benar. Kita jgn sombong bila berkuasa, kita jgn zalim bila berkuasa... Allah beritahu kita doa org yg dizalimi itu akan dimakbulkan... cuma cepat atau lambat sahaja.
Jadikan cerita mereka ini sebuah hikayat moden tentang kekuasaan Allah bagi menyakinkan kisah2 Firaun, Qarun dan kisah2 Nabi itu benar belaka. Ceritakan melalui sudut positif... yg akhirnya bagaimana Malaysia ( ketika itu mungkin 2050 ) menjadi sebuah negara maju dan paling ditakuti rakyat dan org luar utk melakukan rasuah.
Mudah mudahan nama ketiga tiga watak ini dirahmati Allah atas kesilapan mereka masing2. Mereka bertiga telah dihukum dgn caraNya tersendiri. Kita sebagai penonton ambillah ia sebagai satu ikhtibar bagi menjauhi sifat2 yg dibenci oleh Allah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena