Friday 9 November 2018

[Video SEKARANG POLIS DAH BERANI CAKAP & Kisah Pilu wanita cantik dibom dengan C4 hancur berkecai] PELAHAP! Susu 1Malaysia utk anak2 miskin pun diBEDALnya? "Saya tak ingat, tak tahu" Mahdzir Khalid belajar daripada Najib! Kita bukan curi ahli Pas & Keahlian parti Amanah bertambah 10,000 sebulan - Mat Sabu.

Sabtu, 10 November 2018

Foto Suara Rakyat.
TU DIA! Memang lahap punya penyamun..
Susu utk anak2 miskin pun ko tibai sekali?
Foto Suara Rakyat.
Lagi alasan diberi oleh bekas menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak mengetahui isu berkaitan susu kotak Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang didakwa tidak diedarkan sejak awal tahun ini sedangkan bajet utk program tersebut telah diberi.

“Saya tak tahu.."
"Saya tak ingat.."
“Saya tak pastilah.." 

Tiba tiba terus tak ingat. Ke buat2 tak ingat ? Bajet untuk tu dah pi mana ??!

Kita bukan curi ahli Pas sesiapa sahaja boleh masuk AMANAH, kata Mat Sabu

Kita bukan curi ahli Pas sesiapa sahaja boleh masuk AMANAH, kata Mat Sabu
AMANAH menyangkal dakwaan bahawa pihaknya ‘mencuri’ ahli Pas dan menegaskan setiap individu berhak menjadi ahli parti itu.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, parti itu bersikap terbuka dan tidak pernah mengehadkan sokongan ahli.
“Siapa sahaja rakyat Malaysia berhak jadi ahli Amanah. Kalau ahli dia nak masuk kita bukan curi, sebab sesiapa pun boleh masuk. Kita tidak hancurkan sesiapa, kalau orang sokong kita menang, orang tak sokong kita kalah.
“Parti politik nak ahli ramai tak kira datang dari mana,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Amanah Terengganu, semalam.
Bagaimanapun, menurutnya, penyertaan oleh bekas pemimpin parti lain perlu mendapat persetujuan di dalam mesyuarat.
“Bagi keahlian di peringkat pemimpin, bekas menteri, kita kena bincang dahulu. Kalau orang biasa, bila-bila masa boleh masuk,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, terkini terdapat seramai 100,000 ahli parti itu di seluruh negeri dengan purata pertambahan 10,000 orang setiap bulan.
“Cuma di Terengganu kemasukan ahli baharu masih kurang memberangsangkan disebabkan faktor-faktor tertentu. Namun, di Kelantan ada peningkatan sehingga cecah 2,000 ahli baru dalam sebulan. Ini wajar dicontohi,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, AMANAH tidak sewajarnya menjadikan komplot merekrut ahli Pas sebagai agenda utama parti setelah menjadi komponen kerajaan memerintah hari ini.
Sebaliknya beiau meminta, pemimpin-pemimpin Amanah yang kini di tampuk kuasa agar tidak membiarkan agenda Islam tenggelam dalam kerajaan.
“Tidak sepatutnya menjadi agenda Amanah untuk tarik ahli Pas melompat ke parti mereka.
“Sebelum menang PRU14, Amanah pernah menyatakan akan memperkasakan agenda Islam setelah diberi kuasa.
“Namun kini, jadikan rekrut ahli Pas untuk sertai mereka sebagai petunjuk prestasi utama (KPI). Amanah jangan sesekali biar perspektif Islam tenggelam dalam kerajaan,” katanya dipetik Sinar Harian.
Bagaimanapun beliau tidak gusar dengan gerakan AMANAH dan yakin ahli-ahli Pas istiqamah dengan perjuangan parti Islam tu.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena