Wednesday 7 November 2018

[Video Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah] Mahkamah tolak saman Musa, Shafie kekal ketua menteri.

Rabu, 7 November 2018
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text
US DOJ Indicts Jho Low, Tim Leissner, Roger Ng
Tumpang sekole.

Mahkamah tolak saman Musa, Shafie kekal ketua menteri

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini memutuskan Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal kekal sebagai ketua menteri Sabah.
Menurut The Borneo Post, mahkamah menolak saman pemula yang difailkan Tan Sri Musa Aman terhadap Shafie dan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.
Musa sebelum ini memfailkan saman antaranya bagi memohon mahkamah mengeluarkan perintah mengisytiharkan beliau sebagai ketua menteri yang sah.
Musa yang juga bekas ketua menteri negeri itu diarahkan membayar kos RM15,000 kepada Tun Juhar dan Shafie, kata laporan itu lagi.
Pada 10 Mei lalu, iaitu sehari selepas PRU ke-14, Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri selepas mendapat majoriti mudah di DUN.
Bagaimanapun beliau hilang majoriti selepas beberapa ADUN dari Umno dan satu lagi komponen BN, Upko, menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipimpin Shafie.
Shafie kemudian mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 12 Mei.
Pada Jun lalu,Musa memfailkan saman pemula bagi mendapatkan perintah mahkamah mengisytiharkannya sebagai ketua menteri yang sah.
Selain itu, beliau juga memohon pengisytiharan bahawa tiada penarikan balik atau pembatalan dalam pelantikannya, serta pengisytiharan bahawa Juhar bertindak tidak mengikut perlembagaan dalam melantik Shafie.
Musa sebelum ini mencuri perhatian apabila 'menghilangkan diri' sejak 14 Mei lalu.
Kira-kira sebulan kemudian, Musa muncul dengan mengatakan beliau ke United Kingdom pada 16 Mei bagi mendapatkan rawatan, dan pulang ke negara pada 21 Ogos.
Pada 5 November lalu, Musa dihadapkan dengan 35 pertuduhan rasuah berkaitan kontrak pembalakan membabitkan RM263 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena