Wednesday, 7 November 2018

[Video Tak guna Najib UmnoBN SERET Pas dalam kuchalana] Walaun 'bodo' IQ Lobak Merah boleh la kau tipu...SUDAH-SUDAHLAH NAJIB, sejak awal lagi pun kamu sudah BERBOHONG! Lebih baik simpan aje hujah kamu tu di KANDANG mahkamah.

Rabu, 7 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Ketuanan Melayu? 
Pembangkang sila hadamkan apa yang disampaikan oleh Tan Sri Rais Yatim ni.
Foto Suara Rakyat.
Suara Rakyat
KANTOI LAGI WALAUN PAS yg cuba pertahan pembohongan lebai PAS!

17 jam lebih awal dah tahu keputusan pemilihan KUIS 2018-2022?
Sejak bila walaun2 PAS dah jd nujum telek ni?
..ker mmg nak perbodohkan sesiapa yg mempercayainya..

TAHUKAH ANDA.. pemilihan tersebut HANYA BARU AKAN BERLANGSUNG PADA HARI INI jam 3.00ptg-7.00ptg waktu tempatan (8.00mlm-12.00 tgh mlm waktu M'sia).

Foto Otai BERSIH.
2014 TGHH dilantik sebagai Naib Ketua KUIS melalui persetujuan Majlis Syura Ulama Sedunia...
2018 tiba2 Pejabat TGHH keluar kenyatan ambik keputusan x hantar borang pencalonan untuk pemilihan...

Walaun bodoh IQ Lobak Merah boleh la kau tipu...
Sejak bila pulak KUIS pakai sistem Demokrasi Lebai wehhh...?


SUDAH-SUDAHLAH NAJIB, SEJAK AWAL LAGI PUN ANDA SUDAH BERBOHONG....

Untuk kali yang seterusnya, terutama sejak dibalun  dengan dilabel sebagai berbohong oleh Utusan berhubung isu RM2.6 bilion, Najib Razak terus mempertahankan dirinya bukan seorang pembohong, pencuri atau penyangak.

Dalam hantaran terbaru melalui laman Facebooknya, bekas Perdana Menteri yang telah ditolak rakyat dan kini berdepan 38 pertuduhan mahkamah itu mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi.
Meskipun jika diimbas kembali banyak rentetan jalur cerita berhubung dana itu nampak berbeza dan tidak masuk akal, bahkan Najib sendiri dalam interbiu Al-Jazeera hanya beranggapan saja wang itu daripada Raja Abdullah berdasarkan sumbangan kecil yang pernah diterimanya sebelum itu, tetapi tentunya agak menghairankan mengapa sumbangan besar RM2.6 bilion itu disalurkan melalui Tanore Finance yang dimiliki oleh Jho Low.

Di sini saya tidak ingin sama sekali untuk memperincikan semua renteten atau perbezaan itu kerana ramai di antara kita barangkali sudah sedia maklum mengenainya.

Namun, jika Najib terus mendakwa dirinya bukan pembohong, pencuri dan penyangak, saya cuma ingin mengingatkan beliau dan pemakan dedaknya tentang reaksi awalnya ketika isu RM2.6 bilion itu terdedah kepada pengetahuan umum pada 2015 dahulu.
Kalaulah benar wang itu merupakan derma daripada Raja Abdullah, mengapakah Najib ketika itu beria-ia menafikan ada sebarang kemasukan wang sejumlah RM2.6 bilion itu menerusi akaun bank peribadinya?

Tidak cukup dengan menafikannya, Najib juga menambah, kalau pun beliau mahu menyamun, tidak mungkin beliau mahu menggunakan akaun bank peribadinya bagi tujuan itu.

Beliau juga mengancam mahu menyaman Wall Street Journal atau WSJ yang mula-mula mendedahkan perkara itu - suatu ancaman pengecut daripada Pahlawan Bugis yang tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Hanya setelah pendedahan demi pendedahan dan selepas dirasakan tidak mampu lagi mengelak daripada kebenaran, barulah akhirnya Najib tampil mengakui ada kemasukan wang ke dalam akuan bank peribadinya dengan mendakwa ia adalah sumbangan atau derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Soalnya, jika benar wang tersebut merupakan derma daripada Raja Abdullah, mengapakah Najib menafikannya pada peringkat awal itu serta mengancam untuk menyaman WSJ?

Mengapa tidak sejak awal-awal lagi beliau mengakuinya sebagai derma?

Bukankah ini menunjukkan sejak awal lagi Najib sebenarnya telah pun berbohong kepada kita semua?

Bagaimana agaknya jika selepas pendedahan awal oleh WSJ itu, mereka berhenti setakat itu saja dan tidak terus mendedahkan bukti demi bukti selanjutnya mengenai kemasukan wang melalui akaun peribadinya itu?

Tidak mustahilkah Najib akan terus berbohong sehingga sekarang dengan menafikan wang tersebut ada dalam akaun bank peribadinya?
Begitu pun, kalau penafian awalnya itu sudah didapati suatu pembohong, tidak mungkinkah pengakuan bahawa wang itu daripada derma Raja Abdullah merupakan suatu pembohongan juga?

Lupakah Najib kepada suatu peringatan yang menyebut -  orang yang berbohong sekali, dia akan terus berbohong 1000 kali untuk menutup pembohongannya.

Maka, insaf dan bertaubatlah wahai Najib...awal-awal lagi pun anda sudah berbohong, maka tentulah tidak mustahil berbohong demi berbohong itu sudah menjadi kebiasaan bagi anda.

Kalau awal-awal pun sudah berani berbohong, memang ada munasabahnya ia juga diikuti dengan kebiasaan mencuri dan menjadi penyangak juga.

Untuk itu, memandangkan kes RM2.6 bilion itu sudah dibawa ke mahkamah, sebaiknya Najib menyimpan saja  semua jawapan dan hujahnya di kandang salah untuk diadili oleh hakim-hakim yang bebas lagi bijaksana.

Cuma, dengan akhbar milik UMNO, bahkan mungkin semakin ramai ahli UMNO sendiri tidak lagi mempercayai kata-katanya berhubung penafian wang RM2.6 bilion itu, Najib seharusnya makin menginsafi siapa dirinya sekarang ini.

Kata-katanya hanya tinggal dipercayai oleh golongan pemakan dedak saja lagi sekarang ini. (ShahbudinHusin 07/11/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena