Wednesday 7 November 2018

[Video Siapa Ketua Menteri, Musa atau Shafie? Keputusan 3 petang ini] Terkini dari Mahkamah KK 2.30 pm & Gani Patail digesa jelaskan sebab tidak dakwa Musa Aman – Lip Eng.

Rabu, 7 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Terkini dari Mahkamah KK 2.30 pm.
Kota Kinabalu 7 Nov 2018......Tahniah Tan Sri Musa Aman kerana telah memenangi kes di makhamah tinggi Kota Kinabalu sebentar tadi untuk mengambil alih jawatan ketua menteri sabah, kemenagan itu turut di raikan oleh para penyokong penyokongnya yang menghadiri dari awal pagi lagi, dengan kemenangan Datuk Seri Shafie Apdal terpaksa melepaskan jawatan mengikut undang undang yang sah. 
Walau bagaimana pun beliau berpeluang untuk membawa semula kerana pihak Tan Sri Musa Aman kurang majoriti, berbanding dengan partinya, terdahulu hakim makhamah tinggi Kota Kinabalu yang terdiri dari penyokong2 parti gabungan bersatu sabah bersyukur dengan kemenangan ini yang berpihak pada Tan Sri Musa Aman berasa lega dan berpuas hati. 
Di pihak Parti Warisan para penyokongnya akur dan menerima keputusan makhamah.
Pihak polis terpaksa mengambil tindakan kerana para penyokong Tan Sri Musa Aman yang sedang tidur di perkarangan makhamah dan bermimpi membuat keputusan sendiri mengatakan Tan Sri Musa Aman menang..😂😂
Otai BERSIH 

Gani Patail digesa jelaskan sebab tidak dakwa Musa Aman – Lip Eng


Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberi penjelasan mengapa beliau tidak mendakwa bekas Menteri Besar Sabah Tan Sri Musa Aman.
“Adakah Abdul Gani tidak mendakwa musa kerana beliau takut dengan Musa atau bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?
“Atau adakah Abdul Gani mempunyai kaitan dengan Musa? Abdul Gani mesti menjelaskan keputusannya dan melenyapkan syak wasangka terhadap beliau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Musa didakwa di mahkamah pada Isnin lepas dan berdepan 35 pertuduhan rasuah kerana didakwa menerima RM253 juta rasuah berkaitan kontrak pembalakan.
Bercakap kepada pemberita dua hari lalu, Musa berkata pertuduhan yang dikenakan terhadapnya merupakan “kes lama” yang telah dibersihkan sebelum ini.
“Insya-Allah, saya akan lawan kes ini untuk membersihkan nama saya. Saya tidak tahu kenapa… Kes ini telah diselesaikan sebelum ini, kira-kira 10 ke 14 tahun lalu.
“Kenapa menjadi isu lagi? (Datuk Seri) Nazri (Aziz) yang menjadi menteri bertanggungjawab dalam urusan parlimen pada waktu itu telah membersihkan kes ini… Tidak ada kes terhadap saya,” katanya.
Nazri hari ini bagaimanapun dilaporkan berkata bukan beliau yang membersihkan nama Musa, sebaliknya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Ia adalah SPRM, bukannya saya. Saya tidak boleh membuat kenyataan peribadi kerana SPRM merupakan badan bebas.
“Sebagai menteri (ketika itu), saya tidak boleh campur tangan dengan keputusan SPRM. Kenyataan saya adalah berdasarkan kepada perkara yang mereka mahu saya umumkan,” katanya seperti dipetik.
Mengulas lanjut, Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan berkata seluruh Menteridan ahli Parlimen Barisan Naional (BN) pada 2012 harus bertanggungjawab dan menjelaskan perkara itu.  
“Pihak berkuasa harus menyiasat mereka jika mereka terus berdiam diri dan menafikan perkara itu,” tegasnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena