Tuesday, 6 November 2018

[Video Pegawai Maszlee bidas Najib & Lebihkan masa faham operasi kementerian, Najib nasihat Maszlee] Gadis OKU berusaha cari rezeki sendiri TANPA TERHEGEH-HEGEH BODEK Najib! Pasai apa Wan Saiful Ketua Penasihat KP 'resign' & Skim Sarapan Percuma Berkhasiat...Di mana 'salah' Najib? Ini penjelasan pegawai Maszlee.

Rabu, 7 Noveber 2018

Foto Suara Rakyat.
GADIS Orang Kelainan Upaya (OKU) spt Haziqah Nurul Huda Harun yg baru berusia 20 tahun pun reti nak berusaha cari rezeki sendiri mengusahakan kuih bakul berstatus halal sehingga menembusi pasaran luar negara TANPA TERHEGEH-HEGEH BODEK menangis merayu depan Najib..

TETAPI seorang makcik yg cukup sempurna sifat anggotanya pula hidup dgn bergantung pada bantuan k'jaan semata2..

Pasai apa Wan Saiful 'resign'... 
Perletakan jawatan Wan Saiful Wan Jan (kiri) sebagai ketua penasihat Menteri Pendidikan sekali lihat perkara biasa sahaja. Apa lagi ia dibuat dengan alasan kerana Wan Saiful ingin menumpukan kepada PTPTN dimana beliau menjadi pengerusinya. 

Namun apabila diselami dan mencari makrifat peletakan jawatan itu tentu ada hal lain yang tidak dinyatakan. Jika diperhatikan ada beberapa tindakan Menteri berkenaan dan kenyataan yang dibuat menimbulkan kontroversi. Dr Maszlee Malik sebagai menteri seperti nampak gagal dan tidak dapat memposisikan diri sebagai menteri pendidikan yang diharapkan. 

Apakah kerana situasi itu menyebabkan Wan Saiful berundur? Apakah ada pertentangan pendapat khasnya dalam memperkenalkan polisi dan pendekatan baharu pendidikan? Atau pun Wan Saiful telah menasihati dan memberi pandangan yang menyebabkan menjadikan Menteri sebagai tidak berkeupayaan yang terdedah kepada kritikan. 

Bagi saya alasan Wan Saiful kerana beliau ingin menumpukan kepada PTPTN sukar untuk diterima. Memang perbadanan pendidikan itu adalah masalah, tetapi kenapa beliau menerima pelantikan sebagai penasihat itu awal-awal. Beliau sepatutnya memegang satu jawatan sahaja yang difikirkan lebih mampu. 

Apapun jika peletakan jawatan itu sebagai satu pembaikian yang murni, ia adalah sesuatu yang baik. Tindakan Wan Saiful itu dibuat dengan tanggungjawab yang gentlemen. Justeru mana-mana pegawai menteri yang berasa diri lemah dan tidak berkeupayaan membantu menteri elok mengikut jejak langkah Wan Saiful agar bak kata orang jangan tambah carik dan bekah.- MSO 

Di mana 'salah' Najib? Ini penjelasan pegawai Maszlee

Seorang pegawai kanan menteri pendidikan tampil menjelaskan isu skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang ingin diperkenalkan kerajaan.
Penjelasan itu menggambarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tersasar ketika mengkritik langkah kerajaan dengan menyamakannya dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Pegawai Khas Maszlee, Zul Fikri Zamir Mohamad Munir berkata, menteri pendidikan bukan mengulas berkaitan RMT, tetapi sarapan.
“Pertama, Dr Maszlee sebut tentang sarapan. RMT ini makan masa rehat. Bukan sarapan. Kalau jam 10 pagi rehat, dah masuk kelas belajar tiga ke empat waktu, sarapan apa namanya tu?” katanya.
Najib Razak hari ini berkata Malaysia sudah lama mempunyai skim serupa, dengan sarapan percuma untuk kumpulan B40, iaitu RMT.
Dalam kenyataan dari Jepun, Maszlee berkata, kajian berkenaan merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School di Tokyo.
Menulis di Facebook, Zul Fikri Zamir juga berkata RMT hanya diberi kepada anak-anak tertentu sahaja.
Memetik data terkini kementerian, katanya, daripada 2,685,403 murid sekolah rendah, hanya 489,117 sahaja atau 18 peratus, yang mendapat bantuan RMT.
“Real juga Najib ni, baru bagi bantuan kepada 18 peratus anak-anak, dah 'pung pang' macam dia buat semua,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena