Tuesday 6 November 2018

[Video Ho tak, ho tak! Perang Umno makin meruncing] Realitinya, penyokong Najib terkepung dengan kemajalan dalam berpolitik, pendek akal dan buruk perangai sama seperti TUANNYA! Gani kena jelaskan sebab tak dakwa Musa Aman.

Rabu, 7 November 2018

Image may contain: 3 people, people standing and text
 Punca kekalahan BN ialah kerana 1MDB 
Jibby,belajaqlah mengakui salah sendiri... 
Sesuatu yang orang kata "buruk perangai"  oleh  Najib Razak ialah keengganannya mengaku sehingga sekarang mengenai sebab utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu. Di sebalik semua orang mengakui skandal 1MDB adalah punca terbesarnya, Najib masih bertegas mendakwa kekalahan UMNO dan BN adalah  disebabkan penipuan, fitnah dan janji palsu oleh Pakatan Harapan. 

Beliau juga mendakwa padang yang tidak sama rata yang menyebabkan kekalahan BN kepada Pakatan Harapan itu. Lebih buruk lagi ialah pentaksub Najib sendiri yang turut tidak mahu mengakui hakikat yang sama, meskipun sudah hampir enam bergelar pembangkang. 

Sebab itu, apabila Khairy Jamaluddin menyanggah kata-kata Najib itu dengan mengingatkannya bahawa punca kekalahan BN ialah kerana 1MDB dan bukan kerana penipuan, fitnah serta janji palsu, beliau sendiri dilabel meroyan dan datang bulan. 

Realitinya, penyokong setia Najib masih terkepung dengan kemajalan dalam berpolitik, pendek akal dan buruk perangai yang sama seperti Najib sendiri yang enggan mengakui kesalahan serta kelemahan - dulu kini dan selamanya. Jika pun mereka tidak setuju dan ingin menyanggah kenyataan KJ itu, ia sepatutnya dilawan dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan seperti meroyan atau datang bulan. 
Shahabudin dot com/Tumpang sekole

MP: Gani kena jelaskan sebab tak dakwa Musa Aman

Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertanggungjawab menjelaskan mengapa beliau tidak mendakwa bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semasa tempoh perkhidmatannya, kata Anggota Parlimen Pakatan Harapan, Lim Lip Eng.
Anggota Parlimen Kepong itu mempersoalkan sama ada Gani - yang berasal dari Sabah - enggan mendakwa Musa kerana mempunyai hubungan keluargaan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Oleh itu, Gani, wajib menjelaskan kepada orang ramai mengapa dia tidak mendakwa Musa. Adakah Gani tidak mendakwa Musa kerana dia takut kepada Musa atau bekas PM Najib?
"Atau adakah kerana Abdul Gani ada kaitan dengan Musa? Abdul Gani mesti menjelaskan keputusannya dan jelaskan kecurigaan terhadapnya kini," kata Lim dalam satu kenyataan.
Musa, yang merupakan ADUN Sungai Sibuga Isnin lalu menghadapi 35 tuduhan rasuah kerana menerima sejumlah AS$ 63,293,924.88 juta (RM263 juta) rasuah dalam kontrak pembalakan antara 2004 dan 2008.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena