Friday, 9 November 2018

[Video Subsidi petrol kereta mewah: Jangan haraplah, kata Guan Eng] 'Manifesto PH' Rakyat tidak lupa mengenainya! Selepas 100 hari, mereka akan menunggu 200 hari pula & Insaflah, kerajaan BN yang sudah berakar selama 61 tahun pun boleh ditumbangkan.

Jumaat, 9 November 2018
Ikan kembung sebelum PRU14
Image result for Foto harga ikan kembung sebelum PRU14
Selepas PRU 14
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Best Giler

Image result for Gambar penoreh getah
CINTA JURURAWAT DAN PENOREH GETAH
Harga getah semakin merudum.
Pihak berkenaan buatlah sesuatu utk membantu golongan seperti ini.

"Saya cukup sedih, kerana harga sekilogram (KG) ikan kembung RM12 berbanding harga sekerap (getah sekerap) hanya RM2.  Anak saya banyak (ramai), (jadi) saya kena motong (menoreh) 10 KG getah berbanding dengan harga (ikan) kembung... menangis saya setiap kali anak saya sedih.
"Anak saya sedih, sekali hadap sahaja (ikan) satu kilogram.  Saya berucaplah (bercakap) (agar) pihak yang berkenaan ambil tindakan sewajar(nya) (dengan) harga pokok-pokok getah pekebun kecil.  Saya haraplah sangat pihak yang memaju (yang) meneroka (ambil tindakan)," luahannya.
Sinar Harian.

MENJELANG 200 HARI PH BERKUASA, APA SUDAH JADI DENGAN JANJI MANIFESTO 100 HARI?

Hari ini, 9 November 2018 bermakna sudah 184 hari Pakatan Harapan memerintah negara ini sejak rakyat membuat keputusan menolak BN pada pilihanraya umum 9 Mei lalu.

Ini bererti hanya 16 hari saja lagi usia kerajaan baru ini akan mencecah usia pemerintahan selama 200 hari.

Tetapi, menghampiri tempoh 200 hari ini, adakah Pakatan Harapan dan semua pemimpinnya masih ingat mengenai 10 janji dalam manifesto 100 hari yang pernah mereka ikrarkan kepada rakyat sebelum PRU14 lalu?

Daripada 10 janji itu, berapa daripadanya yang telah ditunaikan dalam tempoh 100 hari sebagaimana yang dijanjikan?

Selain menghapuskan GST dan menstabilkan harga minyak serta beberapa janji lain yang hanya dilaksanakan separuh-separuh, bagaimana dengan janji-janji yang lain?

Bilakah hutang-hutang tidak wajar yang melibatkan peneroka Felda mahu dihapuskan sebagaimana dijanjikan, sedangkan kawasan Felda telah menyumbang 19 kerusi Parlimen kepada Pakatan Harapan?

Sudah berapa kali Pengerusi Felda yang baru dilantik pernah turun ke tanah-tanah rancangan Felda?

Sebelum ini, barangkali ramai yang setuju dengan alasan kerajaan baru ini bahawa kekangan kewangan serta beban hutang yang tinggi adalah sebab mengapa 10 janji dalam tempoh 100 hari itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Namun, mengapakah sebaik melepasi tempoh 100 hari, tiada lagi pemimpin Pakatan Harapan yang bercakap mengenainya?

Bukankah sepatutnya, jika 10 janji itu tidak mampu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, mereka mesti cuba pula menunaikannya dalam tempoh 200 hari, 300 hari dan seterusnya sehingga akhirnya kesemua janji itu ditunaikan sepenuhnya?

Ibarat janji kepada bakal isteri ketika bercinta, tidakkah jika ada janji yang tidak dapat ditunaikan sebaik berkahwin, suami yang budiman tentunya akan terus berusaha menunaikannya sama ada setahun, dua tahun atau lima tahun setelah mendirikan rumahtangga?
Tetapi, apa sudah jadi dengan janji 100 hari itu sebenarnya?

Atau Pakatan Harapan dan pemimpinnya yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang sudah lupa mengenai janji 100 hari itu, di sebalik mula seronok dengan gaji puluhan ribu dan pelbagai kemudahan lain yang dinikmati?

Tidak mengapa, jika pemimpin Pakatan Harapan sudah lupa, blog ini dengan murah hati memperturunkan semula 10 janji 100 hari itu untuk tatapan serta renungan mereka.

Mudah-mudahan mereka tidak terus lupa diri dan sentiasa ingat bahawa selain janji dalam tempoh lima tahun yang perlu ditunaikan, 10 janji dalam tempoh 100 hari yang pernah diikrarkan juga adalah janji yang wajib yang untuk ditunaikan.

Rakyat tidak lupa mengenainya. Selepas 100 hari, mereka akan menunggu 200 hari, 300 hari dan seterusnya untuk melihat bilakah janji itu akan menjadi kenyataan.

Mudah-mudahan dengannya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan juga insaf bahawa jika kerajaan BN yang sudah berakar selama 61 tahun pun boleh ditumbangkan, menewaskan kerajaan yang hanya berusia lima tahun pada pilihanraya umum di tahun 2023 akan datang adalah ibarat mengunyah "kacang" saja mudahnya. (ShahbudinHusin 09/11/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena