Saturday 19 January 2019

[Video BR1M tak mampu atasi kemiskinan] Jika didapati bersalah Najib 'masuk penjara' paling awal Mei 2019? Cameron Highlands MENENGGELAMKAN Zahid Hamidi? Pandai2lah wak jahid bawa dirinya yg semakin TIDAK DIPERLUKAN dalam Umno selepas ini..

Sabtu, 19 Januari 2019
Foto Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ].
Foto Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ].
Sekian lama iaitu 10 tahun menafikan mempunyai hubungan sulit. Kini tidak berselindung... 
Kesian ahli2 Pas yang dahulunya menentang Umno sehingga solat imam asing2, kenduri kahwin Umno tak pergi dan sebagainya kerana percaya amanat Presiden Pas. Kini UMNO telah disucikan oleh beliau.

Makin senang PH nak hadap puak ni PRU15 nanti. Kah kah kah kah!

CAMERON HIGHLANDS YANG MENENGGELAMKAN ZAHID HAMIDI...

Selepas Hishammuddin Hussein turun berkempen di Cameron Highlands dan kemudian suasana kempen didominasi beberapa hari oleh Najib Razak, suatu perkara yang nyata ialah Zahid Hamidi semakin dilupakan oleh warga UMNO sendiri.

Meskipun masih berjawatan sebagai Presiden UMNO tanpa kuasa berikutan keputusannya menyerahkan kuasa kepada Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan, Zahid Hamidi dengan sendirinya hilang kewajaran untuk berkempen membantu calon BN, Ramli Mohd Nor.

Tidak dipastikan apa perasaan Zahid Hamidi ketika ini, tetapi dengan jentera kempen nampaknya berjalan lancar di Cameron Highlands, ketiadaan beliau seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan kepada UMNO dan BN.

Gambaran selarinya ialah Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail telah berjaya mengepalai jentera kempen dengan baik sehingga rata-rata merasakan harapan calon BN untuk mencapai kemenangan terlihat amat cerah sekali.

Selain pengundi Melayu dan Orang Asli boleh dikata akan memihak kepada BN, pengundi bukan Melayu pula dipercayai akan menjarakkan diri mereka dalam pilihanraya kali ini sebagai tanda protes terhadap iklim ekonomi dan perniagaan yang masih tidak memihak kepada mereka.

Jika minggu ini Najib berkampung beberapa hari di Cameron Highlands, berdasarkan sambutan hangat yang diterimanya, tidak mustahil beliau akan datang lagi berkempen menjelang hari-hari terakhir sebelum pengundian diadakan.

Dengan itu, kiranya keputusan di Cameron Highlands nanti memihak kepada BN, tidak dinafikan orang yang akan disanjung sebagai menyumbang kepada kemenangan BN ialah Najib, Mohamad Hassan, Wan Rosdy dan Hishammuddin.

Gandingan mereka, tanpa kelibat Zahid Hamidi, dianggap sudah memadai sebagai ramuan untuk mencipta kemenangan buat BN.

Kesannya, di mana Zahid Hamidi dalam dua pilihanraya kecil selepas ini iaitu Semenyih dan Rantau?

Mahu tidak mahu, dengan tenggelamnya nama Zahid Hamidi di Cameron Highlands serta melonjaknya nama Najib, Mohamad Hassan dan Hishammuddin, Presiden UMNO itu dengan sendirinya akan terasing dalam pilihanraya kecil berikutinya.

Lebih-lebih lagi kalau dalam semua pilihanraya kecil itu nanti mampu menghasilkan kemenangan buat UMNO dan BN.

Dalam waktu yang sama, berikutan kemenangan di Cameron Highlands nanti akan merangsang Najib lebih rajin turun berkempen di Semenyih dan juga Rantau.

Apatah lagi sejak bergelar Raja Troll, Najib seolah-olah mendapat suntikan semangat baru dalam karier politiknya.

Maka, Zahid Hamidi kenalah pandai-pandai membawa dirinya yang semakin tidak diperlukan lagi dalam UMNO selepas ini. (ShahbudinHusin 19/01/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena