Wednesday 9 January 2019

[Video Malaysia, Singapore Agree To Suspend PRA & ILS] Tun M: Kapal Malaysia kekal di kawasan pertikaian! Hubungan Msia - Spore tegang? Singapura perlu tahu padahnya kalu sombong...

Rabu, 9 Januari 2019

Malaysia, Singapore Agree To Suspend PRA & ILS

ISU ILS LAPANGAN TERBANG SELETAR

Hubungan Msia - Spore tegang bila bot marin Msia diusir keluar oleh bot polis Spore sedangkan marin Malaysia sedang berada di dalam perairan negara sendiri. 

Kapal Malaysia Kekal Di Kawasan Pertikaian - Tun M

Singapura perlu tahu padahnya kalu sombong... 

Image may contain: sky and outdoor
Dr. M menegaskan tidak boleh guna ruang udara Malaysia(Pasir Gudang) untuk mendarat di Selatar. 

Apabila kerajaan Malaysia memutuskan untuk menutup ruang udara Johor, kelam kabut PM Singapore menghantar 2 menterinya tanpa appointment iaitu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Kewangan Heng Swee Kea untuk mengadap Tun Mahathir pada 31 Disember lalu. 

Dr. Mahathir tak nak LAYAN mereka malah MENYURUH kedua2 menteri itu pergi jumpa Menteri lain iaitu Menteri Luar, Datuk Saifuddin. 

Namun Datuk Saifuddin juga layan acuh tak acuh. Beliau tetap mahu berjumpa dengan rakan sejawatnya di Singapura pada 8 Jan nanti, bukan dua menteri ni. 

Kedua2 menteri S'pore ini bengang, malu dan pulang dengan tangan kosong. Baru mereka tahu langit tinggi rendah. Baru mereka sedar apa itu erti penyesalan. 
Ketika nak rancang laluan penerbangan di Airport Seletar, mereka tak pernah nak bincang dengan Malaysia. Kemudian bila kita minta mereka alihkan laluan penerbangan agar tidak lalui Pasir Gudang dan Johor, mereka buat pekak badak. 

Sehinggakan ada keluar statement berbaur ugutan. Sekali Malaysia umum akan tutup ruang udara Johor, menggelupur mereka. Membenarkan ruang udara Pasir Gudang diguna untuk Seletar bermakna akan menutup ruang pembangunan kepada Pasir Gudang. 

Tiada bangunan tinggi seperti apartment, flat PPRT, menara pejabat mahupun menara komunikasi boleh dibina. Ini merugikan rakyat Malaysia amnya dan orang Johor khasnya. Ini kerana jarak Pasir Gudang dengan Seletar Airport hanya 2km shj, sama jarak antara K Avenue depan KLCC dgn Pavillion. Bayangkan betapa rendahnya pesawat terbang diruang Pasir Gudang untuk landing atau take off di Seletar. 
Image result for bila bot marin Msia diusir keluar oleh bot polis Spore on tumpang sekole
Sebelum ini, hubungan Msia - Spore tegang bila bot marin Msia diusir keluar oleh bot polis Spore sedangkan marin Malaysia sedang berada di dalam perairan negara sendiri. 

Ini berlaku apabila AG umumkan bahawa mengikut peta, sempadan perairan Malaysia adalah lebih luas lagi dan menghampiri Singapura. Maka, AG mahu air Malaysia di lebar luaskan. Singapura bantah dengan alasan mereka tidak dibawa bincang dalam isu ini. 

Tapi mereka lupa bahawa Tanah Malayu wujud dulu sebelum Singapura sedangkan Singapura ketika itu hanyalah sebuah pulau setaraf  Pangkor atau Tioman atau Redang. 

Semua ketegangan ini bermula apabila pada pertengahan Ogos lalu, Tun Mahathir umumkan mahu mengkaji semula perjanjian air dgn Spura yang dianggap tak masuk akal sejak 1962. 

Tun mahu naikkan sebanyak 10 kali ganda kerana kenaikan kos dan peningkatan taraf hidup. Singapore rasa terancam dan geram dengan cadangan Malaysia itu. 

Sekarang ini Malaysia menjual air mentah kepada Spore pada kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen. Mengikut perjanjian lama juga, Singapore menjual kembali air terawat kpd Johor pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen. 

Pada masa ini, Spore menerima 250 juta gelen air mentah sehari manakala Johor pula membeli 5 juta gelen air terawat sehari. 

Malaysia sedang menggajar Singapore erti padahnya kalau sombong!.. - Muhamad Mansor AR.. 
tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena