Sunday 13 January 2019

[Video PH: Kami hanya beri bayaran balik kos petrol pada sukarelawan] Bersih: Tak salah bayar balik duit minyak sukarelawan.

Ahad, 13 Januari 2019

Bersih: Tak salah bayar balik duit minyak sukarelawan

Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata, tidak menjadi kesalahan pilihan raya bagi sesebuah parti politik membayar balik kos petrol sukarelawan yang terlibat kempen parti mereka.
Fann berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung gambar yang tersebar memaparkan individu berpakaian jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands mengagihkan wang.
Namun, jelas Fann, bayaran balik berkenaan perlu diisytiharkan sebagai perbelanjaan pilihan raya calon itu.
"Tidak. Ia bukan satu kesalahan. Mereka adalah sukarelawan dan mereka perlukan duit petrol, makanan dan penginapan.
"Semua ini perlu direkodkan sebagai perbelanjaan calon yang ditetapkan di bawah RM200,000," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Terdahulu, gambar yang memaparkan seorang wanita memakai baju PH bagi kempen PRK Cameron Highlands yang mendapat sindiran pemimpin pembangkang.
Susulan itu, Penolong Ketua Pusat Operasi PH Jelai Arvind Bharet tampil menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberikan bayaran balik untuk kos petrol kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri pada hari penamaan calon semalam.
Arvind juga menjelaskan bahawa pembayaran balik itu akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya calon PH.
"Semuanya dilaksanakan mengikut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan yang disahkan sebagai kenyataan rasmi oleh pengurus kempen PH Wong Kah Woh.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena