Thursday, 10 January 2019

[Video BN pertaruh bekas polis 'gempur' Harapan di PRK Cameron Highlands] Inilah sikap PAS dalam politik! MIC dah tiada tempat dalam BN lagi? PAS akan bantu MIC! Tiada oleh-oleh dan 'habuan khas' daripada BN buat pengundi.

Khamis, 10 Januari 2019
Sikap PAS dalam politik... 
Image may contain: 1 person, text
Tumpang sekole.
Sikap parti agama Pas dalam Pirake Cameron Highlands berbeza dengan sikap parti itu di empat pilihan raya kecil sebelum ini. Di tiga pilihan raya kecil di Selangor sikap mereka berbeza-beza. 

Dalam pilihan raya Sungai Kandis, mereka menyokong calon Umno, manakala di pilihan raya kecil Seri Setia Pas meletakkan calonnya. Sementara di pilihan raya Balakong, Pas mengambil sikap tidak peduli langsung. Dalam pilihan raya kecil Port Dickson pula Pas turut meletakkan calonnya, semata-mata untuk menganggu Anwar Ibrahim yang bertanding disitu bagi membolehkan dia membuat persiapan untuk menjadi pengganti Dr Mahathir. 

Di dalam pilihan raya Cameron Highlands ini Pas masih belum membuat apa-apa keputusan. Kenyataan terbaru Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan memberi tahu parti itu akan menunggu siapa calon pembangkang? 

Kenapa harus tunggu calon pembangkang untuk buat perhitungan. Apakah kerana hubungan dalaman Pas dengan PH khasnya Bersatu kini kian rapat dan mesra? Kalau Pas sedang mengenyit mata kepada Bersatu, kenapa harus menunggu siapa calon BN? Apakah Pas tunggu yang diletakkan BN itu Melayu atau Cina atau India. 

Apakah jika BN letak calon Islam Pas akan turun berkempen, dan kalau letak bukan Islam Pas akan mendiamkan diri? Pas tidak boleh bersikap begitu. Sebagai parti Islam yang menjaga dosa dan pahala, atau penjaga pintu syurga bagi orang Islam / Melayu, Pas kena menyelamatkan undi Melayu di situ daripada terbuang ke Neraka. 

Kalau ada calon Islam sudah pasti undi Melayu Pas akan mengalir ke kota undi calon beragama Islam. Pas perlu lebih bertanggungjawab kepada ummah bukan kepada kepentingan politiknya di Kelantan dan Terengganu. - MSO 
Foto Pakatan Harapan Supporters.
MIC tiada tempat dalam BN lagi. PAS akan bantu MIC. Umno tak mahu bantu ke?

Tiada oleh-oleh khas dari BN buat pengundi

Kerajaan Pahang tidak bercadang memberikan sebarang 'habuan khas' kepada pengundi sempena pilihan raya kecil akan datang, kata menteri besar.
Menurut Wan Rosdy Wan Ismail langkah itu diambil kerana kerajaan negeri memang sentiasa memberikan khidmat dan bantuan kepada penduduk Pahang dari semasa ke semasa.
"Kerajaan negeri selama ini berkhidmat untuk rakyat, kami tak tunggu pilihan PRK untuk buat sesuatu (bagi memancing undi)," katanya kepada media hari ini.
Wan Rosdy yang juga pengarah PRK Cameron Highlands untuk BN menambah kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada perkhidmatan yang baik kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
Memberikan beberapa contoh, termasuk 51 permit kepada pekebun kecil, Wan Rosdy berkata tiada pengumuman khas akan dilakukan kerajaan negeri sempena PRK kali ini.
"Memang sejak dulu kami konsisten memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
"Maksudnya, pada setiap masa termasuk selepas PRK nanti kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kerana memang itu hasrat kami. Bukan saya di kawasan parlimen Cameron Highlands, malah kawasan lain," katanya.
Bekas pegawai polis
Terdahulu Adun Jelai - salah satu kerusi DUN dalam Cameron Highlands - itu ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang akan mengumumkan sebarang insentif atau pemberian khas menjelang hari pengundian nanti.
Untuk rekod, Pahang adalah salah satu negeri yang ditadbir pembangkang selepas PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.
PRK kali ini diadakan selepas mahkamah mendapati berlaku salah laku dalam pilihan raya lalu, menyebabkan penyandangnya C Sivarraajh hilang kelayakan sebagai anggota parlimen.
mk.

1 comments:

ahmad salleh said...

Yang kelakarnya, tarikh yang tercatat 4 Dec 2019 pada satu foto di dalam posting ini semacam ada yang tidak kena.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena