Thursday 7 February 2019

[Video Husam saran dedah terma penyelesaian saman Hadi, Clare] Apa lagi Umno yang desperate nak guna? M'sia intai RM572 juta dari saham Hotel Park Lane.

Khamis, 7 Februari 2019
Image may contain: text

Apa lagi Umno yang desperate nak guna?
Isu perkauman la merupakan benda paling efektif dalam pemikiran Umno dari dulu lagi.....survival parti perompak terbesar dunia adalah dengan menakutkan umat Islam dan Melayu.
Namun dalam zaman teknologi yang serba canggih ini.....taktik kuno umno sudah susah nak jalan kerana dalam pemikiran Umno..... rakyat Malaysia kurang cerdik dan mudah ditipu especially kaum melayu bumiputra.

Nah tengok sendiri bagaimana blogger upahan Umno Raja Petra Kamarudin cuba kenakan Menteri Kewangan dengan fitnah murahan.
Dan ini jawapan Kementerian Kewangan.... jangan mudah tertipu dengan mainan bangsat Umno
.

M'sia intai RM572 juta dari saham Hotel Park Lane

Kerajaan menyasarkan hasil daripada penjualan pegangan dalam hotel mewah Park Lane bernilai jutaan dolar di New York kepada sebuah dana kekayaan negara Abu Dhabi yang melibatkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS).
Sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa terdapat “hasrat”supaya wang itu dipulangkan kepada kerajaan Malaysia.
“Itu hasratnya,” kata sumber.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jika wang itu, AS$140 juta (RM571.3 juta), adalah sebahagian daripada dana 1MDB yang didakwa dicuri, yang akan dipulangkan kepada Malaysia tahun ini seperti kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Lim berkata demikian dalam sidang media bulan lalu tetapi enggan mendedahkan sumber pembayaran atau jumlah tempatnya.
Penjualan saham itu boleh dibuat selepas ahli perniagaan kontroversi Jho Low bersetuju melepaskan tuntutannya kepada hotel itu bagi membantu jualan kepada syarikat kekayaan negara Abu Dhabi, Mubadala Development Company, November lalu.
Penjualan itu adalah sebahagian daripada saman pelucuthakan DOJ bagi mendapatkan wang dan aset-aset yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB.
Dana itu pula didakwa telah melalui proses pengubahan wang haram dan melibatkan Low.
Laporan Bloomberg menyebut jurucakap pejabat Peguam Negara AS Thom Mrozek berkata wang itu dipindahkan ke kerajaan AS pada 10 Disember.
Low, melalui jurucakap, sebelum ini berkata pelepasan tuntutannya dibuat susulan rundingan yang direstui oleh DOJ dan Mubadala serta bagi memastikan nilai hartanah itu kekal.
Difahamkan perkara itu tidak membawa maksud pengakuan salah lalu atau liabiliti oleh Low.
Low atau nama penuhnya Low Taek Jho dilaporkan membeli 85 peratus pegangan dalam hotel itu pada 2013 dengan nilai kira-kira AS$654 juta.
Mubadala kemudian membayar AS$135 juta kepada Low untuk mendapatkan pegangannya.
Mubadala bagi 2017 juga cuba mendapatkan pegangan Low dalam Viceroy Hotel Group dalam rundingan yang juga memerlukan restu DOJ.
Low juga memperoleh persetujuan DOJ untuk menjual pegangannya dalam beberapa aset berprofil tinggi, termasuk jet Bombardier Global 5000 yang diletakkan di Singapura, EMI Music dan hartanah Michael Jackson.
Low mempertahankan beliau tidak bersalah walaupun dikehendaki dalam siasatan di beberapa negara, termasuk Malaysia dan Singapura.
Bekas perdana menteri Najib Razak juga sedang berdepan beberapa pertuduhan berkaitan isu itu di mahkamah.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena