Thursday 7 February 2019

[Video Syed Saddiq Hanya Nak Menolong - Wan Azizah] Terima kasih DOJ! AS jual pegangan hotel untuk dapatkan semula dana 1MDB & Berkat rakyat tolak penyamun pada PRU 14.

Khamis, 7 Februari 2019
Alhamdulilah! 🤲 Berkat Rakyat Tolak Penyamun Pada Pru 14.
Terima kasih DOJ ...👍
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mula menjual aset dalam usaha mendapatkan semula dana yang didakwa dicuri daripada syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

AS jual pegangan hotel untuk dapatkan semula dana 1MDB.

Pegangan di dalam hotel Park Lane di New York itu dijual dengan harga kira-kira USD140 juta.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mula menjual aset dalam usaha mendapatkan semula dana yang didakwa dicuri daripada syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Khamis, portal Bloomberg melaporkan DOJ telah menjual pegangan dalam hotel Park Lane di New York kepada firma pelaburan Abu Dhabi, Mubadala Investment Co.

Pegangan bernilai kira-kira US$140 juta itu sebelum ini dimiliki oleh ahli perniagaan kontroversi Low Jaek Jho atau Jho Low, dan dirampas oleh DOJ susulan siasatan yang mendakwa ia antara aset dibeli menggunakan dana dicuri daripada 1MDB.

Pegangan tersebut kemudiannya dipindah milik kepada kerajaan Amerika Syarikat pada Disember 2018.

Jho Low yang sebelum ini memfaikan tuntutan hak milik terhadap pegangan di dalam hotel itu juga setuju untuk menggugurkan tuntutannya pada November tahun lalu.

Jho Low bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas apa-apa tuduhan menyeleweng dana, manakala DOJ dalam satu kenyataan mengesahkan tindakan Low menggugurkan tuntutannya tidak dikira sebagai pengakuan bersalah.

DOJ merancang untuk mendapatkan semula aset dengan jumlah nilai USD1.7 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dicuri daripada 1MDB.

Ia termasuk kapal mewah Equanimity dan lukisan oleh artis terkemuka termasuk Pablo Picasso dan Jean-Michel Basquiat.

Sumber: Astro AWANI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena