Saturday, 11 January 2014

Selangor beku kenaikan gaji MB, Exco...Sedia mendengar rintihan rakyat! BN/Umno pula tabur kebencian...

Ahad, 12 Januari 2014

BN tabur kebencian dan ketakutan untuk elak bincang isu rakyat

Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
PERKARA yang berkaitan Institusi Agama, Bangsa dan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara iaitu Institusi DiRaja sering menjadi perbincangan rakyat atau forum dalam masyarakat dan menjadi topik penting di dalam media cetak mahupun media sosial.
Ketiga-tiga institusi ini amat penting dan ia adalah pegangan penting setiap rakyat walaupun mereka tidak memegang semua institusi tersebut dalam amalan harian mereka.
Saya terpanggil melahirkan ketakjuban terutamanya kerana Malaysia menjadikan ketiga-tiga elemen ini termaktub di dalam Perlembagaan untuk memerintah dan kepada mana-mana parti yang akan menang mesti memegang ketiga-tiga institusi ini.
Ini termasuklah kini di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan sebelum ini di Kedah, Perak serta Terengganu tidak pernah menolak ketiga-tiga institusi ini ketika memerintah negeri tersebut.
Kini ada orang bercakap tentang persepsi kerana ia cukup terkesan jika bijak dan pandai bermain ‘catur’ kepada ketiga-tiga institusi tersebut walaupun tidak memegang secara telus dan ikhlas walaupun telah memerintah berkali-kali.
Ujian penting sekarang, walaupun ‘dilihat’ cakna kepada ketiga-tiga institusi tersebut tetapi sebenarnya ia lebih kepada menjaga ‘kuasa’ sahaja tanpa memahami realiti sebenar akan kepentingannya.
Kalau bercakap tentang agama, banyak pihak akan menunjukkan bahawa mereka sayangkan agama sedangkan mereka jugalah yang ‘memainkan’ agama dalam satu ketika itu.
Dan kini jika bercakap tentang bangsa, terpaksa membentuk satu kelompok atau kumpulan yang menggunakan atas nama bangsa bagi ‘mempertahankan’ bangsa mereka walaupun mereka juga menindas bangsa mereka sendiri dalam masa yang sama.
Dan terpenting juga bila bercakap tentang Institusi DiRaja, merekalah ‘juara’ mempertahankan institusi ini dan sangguh menjadi ‘johan’ di dalam media seolah-olah ada pihak yang akan menghapuskan institusi penting ini.
naik.jpgMalangnya, ia hanya seketika sahaja kerana ingin membina persepsi dan mengubah pemikiran masyarakat untuk ‘lalai’ dan ‘leka’ dengan ‘ubat’ pelali dengan melupakan perkara-perkara di keliling mereka ketika itu.
Disebabkan itu, saya cukup bimbang pihak yang ingin mengekalkan ‘kuasa’ mereka sanggup melakukan apa sahaja dan membenarkan beberapa tindakan ‘tidak halal’ untuk membangkitkan sentimen dan mengalih perasaan masyarakat.
‘Halalnya’ perbuatan mereka ini akan ‘menidurkan’ masyarakat dengan benda-benda lain di keliling mereka seperti bebanan harian dan kesusahan ketika itu tanpa ada perubahan dan terus merana.
Kepada ‘sang’ pemerintah, ini adalah ‘peluru’ pelali yang akan sentiasa dimain-mainkan dan didendang sebagai penghibur seharian supaya mereka tidak akan bersuara dan membantah perilaku yang tidak seiring dengan matlamat memerintah kepada sebuah Kerajaan.
Akhirnya rakyat yang ‘dipaksa’ menanggung rugi dan ‘terpaksa’ berkorban bagi pemerintah sedangkan pemerintah tidak ‘susah’ pun dalam masa yang sama ketika itu.
Tahniah kepada ‘sang’ pemerintah yang pandai dan bijak membina persepsi serta berstrategi bagi ‘melalaikan’ rakyat dengan ‘ubat-ubatan’ yang menutup mulut dan memekakkan telinga mereka untuk berkata benar dan betul jika pemerintah tidak adil dan menipu.
Saya harap rakyat sedar dan tidak terperangkap dengan tipu daya ini yang turut ‘merancuni’ pemikiran rakyat untuk melahirkan ‘kebencian’ dan ketakutan!
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena