Thursday 14 August 2014

2 ADUN PAS: Tempoh 24 jam menarik balik pendirian atau hadapi konsekuansi tindakan - PAS S'gor

Jumaat, 15 ogos 2014

DUA ADUN PAS YANG SOKONG DATUK SERI WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR DIBERI TEMPUH 24 JAM TARIK BALIK SOKONGAN ATAU BERDEPAN DENGAN TINDAKAN DISIPLIN..



Dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin diberi masa 24 jam untuk menarik kenyataan mereka menyokong ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tindakan dua ADUN itu disifatkan sangat serius sekali gus melanggar arahan dan tatacara parti.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman:
PAS Selangor memandang serius tindakan ADUN PAS yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah di tetapkan oleh parti.

"Tindakan 2 ADUN PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serious dan kita akan bertindak"

PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus kita patuh.

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti di belakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini?

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 Ogos ini. Sebab itu sabar.

"Saya nasihati kedua ADUN ini menarik balik tindakan atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah di lafazkan sewaktu menjadi calon.

Arahan dari Pesuruhjaya adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti.
Posted by 



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena