Saturday 16 August 2014

'Checkmate Khalid': Buah Catur Terakhir - Membubarkan DUN atau Meletak Jawatan...

Ahad, 17 Ogos 2014
 Juara bertahan Anand Visawanathan (India) melawan penentangnya Boris Gelfand (Israel)

Buah Catur Terakhir Khalid.......

Abdul Khalid hanya tinggal satu lagi buah catur
DI KUALA LUMPUR - 16 AUG 2014
SELEPAS 30 ADUN menyatakan sokongan kepada Dr. Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar, pilihan yang tinggal pada Abdul Khalid Ibrahin sekarang jika mahu kekal di jawatan itu ialah dengan membubarkan dewan

SELEPAS 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan sokongan buat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini hanya tinggal 'pencaturan terakhir' untuk mengekalkan jawatan iaitu membubarkan dewan.
China Press dalam satu analisis melaporkan, Abdul Khalid telah menampakkan keengganan melepaskan jawatan apabila beliau menyatakan dalam Twitter bahawa sokongan majoriti terhadap Wan Azizah perlu dibuktikan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Secara asasnya, keengganan Abdul Khalid berundur adalah kerana beliau telah mendapat perkenan Sultan.
"Semasa menghadap Sultan, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dalam DUN Selangor.
"Namun kelebihan Abdul Khalid terhakis apabila sebanyak 30 ADUN menyatakan tidak lagi menyokong beliau."
-
Selepas Wan Azizah mendapat sokongan majoriti, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah memohon dengan Istana bagi menghadap Sultan dan cuba mendapat perkenan supaya calon dengan sokongan majoriti dilantik sebagai Menteri Besar.
Sultan bagaimanapun tidak berada dalam negara dan hanya akan berangkat pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini.
Spekulasi yang bertiup sekarang ialah Abdul Khalid yang menyedari perkembangan yang tidak berpihak kepadanya akan menghadap Sultan lebih awal dan memohon pembubaran DUN.
Menurut China Press, keputusan Sultan mencuri tumpuan kerana dua senario boleh diwujudkan.
Pertama ialah pembubaran DUN dan kedua ialah titah Sultan supaya Abdul Khalid yang kehilangan sokongan majoriti untuk meletak jawatan, seumpama apa yang berlaku di Perak pada 2009. - MalaysiaGazette
Kita Tengok Siapa Yang Hilang Akal Nanti?...

Khalid Semakin Hilang Akal.. Mahu PKR Diharamkan..

Disamping usahanya mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat, Khalid yang telah dipecat keahliannya oleh PKR sedang berusaha pula untuk mengharamkan parti itu pula.

Nampaknya dendam kesumat terus membara di kalbu manusia ini lantaran hasutan syetan dan iblis. Sepatutnya biarlah puak-puak syetan dan iblis itu sahaja yang menyokong usahanya itu ....


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memfailkan aduan pada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atas tindakan PKR yang memecat keanggotannya dari parti tersebut.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, aduan yang difailkan melalui Bon Advocates itu menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.

Sekiranya benar melanggar perlembagaan parti, pendaftaran parti itu mungkin dibatalkan, dakwa Utusan.

Peguam New Sin Yew dalam laporan itu mendakwa Khalid gagal mendapat maklumat mengenai keanggota lembaga disiplin yang mendengar kesnya.

Katanya, lembaga itu perlu terdiri daripada enam orang.

"Kita minta ROS siasat. Jika jumlah yang hadir tidak cukup, maka mereka secara sengaja melanggar perlembagaan parti,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu. 

Beliau juga berkata, keputusan itu perlu dipersetujui oleh dua pertiga anggota majlis pimpinan pusat untuk membolehkannya berkuatkuasa.

Maklumat itu juga tidak diberitahu pada Khalid, dakwanya yang merumuskan bahawa pemecatan Khalid pada hari Sabtu lalu “cacat” dan tidak mengikut perlembagaan.

alhusseyn51
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena