Wednesday 6 August 2014

Jangan Tutup 'bangkai' Kidex...Nik Aziz Tetap Sokong Khalid Ibrahim

Khamis, 7 Ogos 2014

Kalau ya pun Tantawi nak sokong kekal Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, KIDEX tanpa tender terbuka adalah 'bangkai' yang tidak boleh ditutup lagi.

Untuk tutup 'bangkai' Kidex yang dipertahan oleh Khalid, Tantawi seakan cuba menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng pun tidak mengamalkan tender terbuka dalam projek tiga pintasan lebuh raya dan terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Pulau Pinang pada 14 November 2011 mengumumkan tender secara terbuka dan kompetatif, dengan Lembaga Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipengerusikan sendiri oleh Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri).


Baca seterusnya di sini (F A Q A R | fotojurnalis peduli)
BLM

Nik Aziz Sokong Khalid Ibrahim

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
   
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
   

"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
   
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu. 
   
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.
   
Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
   
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
   
Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya. 
   
Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu.
   
-Bernama
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena