Saturday 16 August 2014

‘KAJANG MOVE’ langkah yang tidak mengukuhkan PR...“Don't question our commitments - Salahuddin Ayub

Ahad, 17 Ogos 2014
Kajang move punya kisah...

POLITIK ‘UMUM DULU BARU BINCANG’ UMUM KAN ‘KAJANG MOVE’ TANPA PERSETUJUAN PAS..

Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu. Hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.

Dimanakah semangat SETIAKAWAN PKR kepada PAS pada ketika ini? Adakah tindakan ini mengukuhkan PR?

PENDIRIAN PAS TERHADAP ‘KAJANG MOVE’

Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat keputusan parti itu tidak bersetuju menjadikan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai agenda menukar Menteri Besar Selangor.
Namun, berasaskan semangat setiakawan dan permuafakatan Pakatan Rakyat (walaupun sebahagiannya tidak bersetuju dengan perletakkan jawatan ADUN Kajang yang membawa kepada berlakunya pilihanraya kecil) maka PAS bersedia menghulurkan bantuan mengikut keperluan yang ada dalam pilihanraya kecil kali ini. Anuar kemudiannya menyatakan bahawa ‘Kajang Move’ bukan bermotifkan untuk menukar MB Selangor.

Namun, pada 21 Julai, PKR mengumum dan menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Umum dulu baru bincang. Adakah PKR sudah terlupa dengan pendirian PAS bahawa tiada agenda menukar MB untuk ‘Kajang Move’? Dimanakah semangat SETIAKAWAN DAN PERMUAFAKATAN PKR kepada PAS pada ketika ini? Adakah tindakan ini mengukuhkan PR?

Kemudian pada 12 Ogos Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan untuk berjumpa dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu MB Selangor.

KENYATAAN DARI BEBERAPA PIMPINAN PAS YANG TIDAK SELARI DENGAN PENDIRIAN PARTI DAN PRESIDEN

Ditengah kekalutan dan ribut yang melanda, beberapa pimpinan PAS yang pada kami tidak bertanggungjawab apabila membelakangi, mengkritik, mempertikai, memperlekeh, mengugut dan mencabar kepimpinan Presiden dan Majlis Syura Ulama yang jelas telah menambahkan kekusutan dan mengelirukan ahli-ahli sendiri:

1) Khalid Samad : "MSU masih boleh mengubah pendirian untuk menyokong penukaran TSKI.."

2) Dr Dzulkefly Ahmad : "Saya buka peluang untuk kita wacana dan kritik pendirian MSU yang menyokong TSKI..."

3) Mat Sabu : "Kenyataan TGHH yang menyokong TSKI itu adalah pendirian peribadi beliau.."

4) Hanipa Maidin "TGHH tidak memiliki kuasa veto dalam pendirian beliau menyokong TSKI."

5) Mujahid : "Siapa TSKI? Mengapa dia begitu istimewa sehingga dia dipertahankan oleh PAS?"

6) Saari Sungib : "Saya sanggup keluar parti jika sekiranya PAS terus menyokong TSKI.."

Alangkah baiknya jika mereka ini mengikut arahan Parti untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan mendahului pendirian Parti dan tidak perlulah orang bawahan yang mendokong keputusan Parti untuk menangkis segala pertanyaan dan kekeliruan yang disebabkan oleh kenyataan-kenyataan mereka ini.

AGENDA UG ATAU BERSATU DENGAN UMNO

Ini adalah zikir puak-puak yang dari dulu lagi dilihat tidak bersetuju dengan Tuan Presiden dan MSU itu sendiri. Inilah modal dan doktrin yang mereka cuba mereka ada-adakan. Disebut dan diulang-ulang. Memberikan kebimbangan dan kekusutan kepada ahli-ahli yang daftar sebagai ahli PAS, sembang kencang di fb tapi tidak terlibat dengan program dan tarbiah parti. Walhal, sepanjang berlakunya krisis ini, tidak pernah ada satupun kenyataan rasmi dari parti berkenaan hal ini. Namun puak-puak ini jatuh kecewa kerana apa yang diratib mereka tidak menjadi kenyataan.apabila Exco Pas Selangor menyatakan akan meletakkan jawatan sekiranya ada Exco baru dilantik dari kalangan Umno sekaligus menutup peluang mereka untuk terus mengutuk kepimpinan TGHH.

TINDAKAN DUA ADUN PAS BUKAN MENGUKUHKAN PR TAPI SEBALIKNYA

‘Langkah Kajang’ inilah permulaan kepada setiap permasalahan yang timbul pada hari ini. Bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat, tapi juga kepada pentadbiran negeri Selangor. Secara tak langsung, rakyat turut diheret sama.

Tindakan PKR untuk menukar MB memang sedari awal tidak dipersetujui PAS. Namun PKR tidak mengendahkan pendirian PAS. PKR meneruskan agenda ini dengan mengumumkan Azizah sebagai MB baru dan memecat Khalid. Melakukan sesuatu yang tidak dipersetujui PAS dari awal kemudian memaksa dan mendesak PAS untuk terima tindakan tersebut. Kemudian, dua ADUN PAS membelakangi pendirian parti dengan bertindak menyokong Azizah sebagai MB baru kononnya atas dasar memperkukuhkan PR. Walhal, tindakan dua ADUN PAS ini jelas menunjukkan bahawa mereka bersetuju dengan tindakan PKR yang sentiasa membelakangi PAS dalam melaksanakan misi ‘Langkah Kajang’ ini yang tidak mengukuhkan PR itu sendiri.

‘Langkah Kajang’ adalah langkah yang tidak mengukuhkan PR.
Langkah dua ADUN PAS pula dibuat mereka sendiri yang kononnya ingin mengukuhkan PR.
Persamaan kedua-dua langkah ini adalah bersetuju dan bersama dengan tindakan PKR, bukan PR.
Persamaan kedua-dua langkah ini juga adalah membelakangkan pendirian PAS itu sendiri.

Adakah PAS perlu bersetuju dengan agenda ‘Kajang Move’ yang sedari awal lagi memang tidak setuju untuk agenda pertukaran MB? Adakah PAS perlu bersetuju dengan agenda ‘Kajang Move’ yang jelas dilihat tidak memberikan kebaikan kepada PR dan juga rakyat ini? Adakah anda merasakan ‘Langkah Kajang’ akan menyelesaikan segala kekusutan yang melanda pada hari ini jika orang yang tidak diperkenankan oleh Sultan dilantik sebagai MB yang baru? Berapa lama lagi masa yang perlu dihabiskan untuk dihentikan politik dan ‘Langkah Kajang’ ini? Bilakah pula masanya masa untuk PR membuktikan kebolehan dalam pentadbiran dan melaksanakan agenda kebajikan untuk rakyat?

Sekarang ini PKR & DAP pula mempersoalkan setiakawan dan permuafakatan PAS terhadap PR seolah-olah mereka boleh buat apa-apa kenyataan atau lakukan apa sahaja tanpa melibatkan pandangan PAS tapi tidak untuk PAS. Setiakawan dan permuafakatan PAS sejak awal lagi telah ditunjukkan. Masa PR menang sekali lagi di Selangor pada tahun 2013, TGHH sudah bersifat setiakawan dengan mencalonkan sendiri TSKI dari PKR sebagai MB, meskipun PAS punya kerusi.

“Don't question our commitments, we were there when you were sleeping."- Salahuddin Ayub, PAS vice president.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena