Thursday 14 August 2014

Langkah Khalid yang mematikan Langkah Kajang...Model baharu Dikotomi Politik Pentadbiran?

Khamis, 14 ogos 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan "Langkah Kajang" yang direncanakan sebagai berhasil...

Langkah Khalid vs Langkah Kajang

 
August 14, 2014
Langkah Khalid yang mematikan Langkah Kajang dapat menjadi satu model baru pentadbiran sistem kerajaan tempatan yang berorientasikan masyarakat tanpa didasari pengaruh parti-parti politik.
Dari Edwin Michael, Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak
langkah kajangSelangor kini dibawah pentadbiran PAS dan diterajui oleh Menteri Besar yang bebas tanpa parti. Ini adalah satu sejarah dalam sistem politik negara kita. Pendirian PAS untuk berdiri bersama Tan Sri Khalid Ibrahim di satu pihak menimbulkan perasaan kurang senang pada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR). Dan di satu pihak pula PAS seolah-olah mahu mengajar PKR dan DAP bahawa tunjang demokrasi adalah rakyat dan bukan nya parti politik. Maka sebagai wakil rakyat mereka seharusnya berkhidmat kepada rakyat dan bukannya kepada parti politik.
PR tidak terhenti disitu apabila mengaitkan kerajaan pentadbiran Khalid Ibrahim ini kononnya menerima sokongan kuat daripada Barisan Nasional (BN). Ini menarik. Sehingga saat artikel ini ditulis, Tan Sri Khalid Ibrahim kekalkan pentadbiran kerajaan negerinya dengan empat EXCO daripada PAS. Ini sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mentadbir negeri Selangor.
Kerajaan campuran seperti yang digembar-gemburkan tidak terjadi. PR mengeluarkan pernyataan demi pernyataan kononnya bahawa Khalid akan bersama UMNO adalah bertujuan untuk memastikan reputasi Khalid terus tercalar di kalangan ahli-ahli PR. Maka tidak hairan apabila kebanyakkan pemimpin PR kerap memainkan sentimen dan menghubung kaitkan Khalid dengan UMNO.
Konsensus Selangor dengan UMNO?
Khalid berada dalam keadaan yang sangat selesa di DUN. BN dengan 12 ADUN nya yang telah menyatakan sokongan tanpa syarat kepada beliau dan dengan 15 kerusi ADUN PAS. Andaikata usul undi tidak percaya dibawakan di DUN, Khalid memiliki 28 undi (Khalid+ 15 ADUN PAS+ 12 ADUN BN).
Sementara, DAP pula dengan 15 kerusi dan PKR dengan 13 kerusi. Namun, harus diingat bahawa Speaker DUN adalah daripada DAP. Artikel 75(3) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap DUN Selangor 45(2) membolehkan speaker untuk mengundi apabila wujudnya persamaan jumlah undi. Namun hakikatnya speaker DUN tidak dibenarkan untuk mengundi. Ini bermakna DAP hanya memiliki 14 undi sahaja. Keseluruhannya hanya 27 undi untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Khalid Ibrahim. Sekiranya Hannah Yeoh meletakkan jawatannya sebagai Speaker DUN dan mengundi maka kerajaan negeri Selangor yang ada akan tergantung tanpa speaker.
Namun senario ini tidak mengambil kira kemungkinan akan wujudnya ADUN PKR atau DAP yang dalam diam menyatakan sokongan kepada pentadbiran Khalid Ibrahim dan begitu juga ADUN PAS yang mungkin memilih untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor versi Khalid.
Pakatan Rakyat vs Istana Selangor
Ada andaian bahawa kini isunya bukan antara PR dan Khalid Ibrahim tetapi antara PR dengan pihak Istana Selangor. Kedudukan Khalid Ibrahim yang mendapat perkenan Sultan Selangor dan pemecatan lima EXCO daripada PKR dan DAP adalah indikator betapa institusi beraja sangat berpengaruh dalam sistem politik negara.
Hakikat ini merupakan kemenangan moral kepada Khalid Ibrahim yang tidak lagi perlu untuk membuktikan dakwaan PKR dan DAP bahawa kononnya Khalid tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Soal yang lebih serius disini ialah andaian bahawa tindakan PKR dan DAP yang terus mahukan Khalid berundur walaupun selepas mendapat perkenan Sultan Selangor adalah satu tindakan yang boleh disamakan dengan mencabar integriti dan kuasa Sultan Selangor sendiri. Dalam hal ini, Sultan Selangor dilihat sebagai penyelamat keseluruhan krisis yang dicetuskan oleh PR menerusi episod Langkah Kajang.
Langkah Khalid
Seperti yang diduga, EXCO PKR Rodziah Ismail menyatakan sokongannya kepada keputusan PKR dan ini bermakna bahawa beliau adalah individu yang seterusnya menanti untuk dipecat oleh Khalid Ibrahim. Namun, segenap pemerhati dan penganalisis politik bertumpu pada kedudukan Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1. Sekiranya Khalid memecat Anwar maka ini adalah satu tamparan hebat kepada tokoh politik negara yang nyata ‘tersalah langkah’ dalam percaturan politiknya sendiri. Langkah Kajang telah di ‘checkmate’ oleh Langkah Khalid.
Malah nasib Ahli-Ahli Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaran daripada DAP dan PKR juga masih samar. Jika mereka dipecat apakah ini akan membuka ruang untuk melantik lebih banyak ahli-ahli majlis yang terdiri daripada badan bukan kerajaan dan aktivis masyarakat? Jika ini berlaku, maka satu sistem kerajaan tempatan yang berorientasikan masyarakat tanpa didasari pengaruh parti-parti politik dapat direalisasikan.
Transformasi pentadbiran Khalid Ibrahim berada dikemuncaknya. Dalam sains politik, Khalid dapat menjadi ‘role model’ bagaimana mentadbir negeri tanpa memerlukan identiti parti politik dan langkah Khalid ini adalah permulaan kepada sistem politik bertunjangkan rakyat sepenuhnya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena