Sabtu, 2 Ogos 2014
SHAH ALAM – Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.
“Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.
“Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.
Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.
Israel cuba pusing cerita
Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut.
Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan.
"Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas.
“Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.
“Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walaupun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza,” katanya.
Saturday, 2 August 2014
Lantang Kecam Rejim Zionis: Malaysia Mungkin Akan Dikenakan Sekatan Ekonomi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Selasa, 4 Jun 2019 Jom Channel 1. RAKYAT SEDIH TANGGUNG HUTANG 1MDB 2. WALA' KEPADA PEMIMPIN PAS ATAU JADI SYAITAN BISU 3. SAMPAH IN...
-
[Video "Pilih Isa atau saya," kata Zakaria pada pemegang saham] Isa Samad menggali kuburnya sendiri?Rabu, 7 Jun 2017 Isa Samad menggali kuburnya sendiri? 07 Jun 2017 | ULASAN oleh DR DZULKIFLY AHMAD Tindakan Tan Sri Isa Samad me...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Ahad, 9 Jun 2019 Jom Channel Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pert...
-
Ahad, 19 Mei 2019 Wajidi awal-awal larikan diri. Dulu kamu tu timb. Menteri agama. Rasa-rasa terancam tak Islam bila mana Timb Menter...
-
Sabtu, 29 Mac 2014 Kebakaran Avionics milik MAS Zunar Kartunis Fan Club 4 jam yang lalu Siapa sabotaj? Apakah ini...
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Jackson Doisi apa yg saya sampaikan bukanlah politik namun ini adalah kebenaran yang perlu di...
-
Ahad, 23 Februari 2014 Suhaizan Kayat Yesterday Saya pernah bawa isu pengorekkan pasir di Sungai Sayong Layang-layang Joh...
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Rabu, 30 Disember 2015 Dilema Haji Hadi - Antara 2 pilihan..!!!! Oleh Muammar Qaddafi Kemenangan besar kumpulan kepimpina...
0 comments:
Post a Comment