Friday 15 August 2014

PAS benteng terakhir PR memerintah di Selangor....Exco PAS dikritik keras

Jumaat, 15 Ogos 2014
PAS adalah benteng terakhir PR...

Exco Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan bahawa PAS adalah benteng terakhir Pakatan Rakyat memerintah di Selangor.

Katanya, jika PAS menarik diri seperti yang dilakukan oleh exco PKR dan DAP, Sultan Selangor akan melantik wakil rakyat Umno sebagai exco baru dan mentadbir negeri berkenaan.


Anwar/PKR buat apa bagi elak perpecahan...




Baca status Pak Subky Abdul Latif tersebut dan terserah la atas tafsiran masing² ... pada saya berbeza pendapat dalam isu MB Selangor itu wajar kerana setiap insan punya penilaian tersendiri...

Elak Pentadbiran S'gor jatuh ke tangan Umno...

Patutlah 4 Exco PAS Sokong Khalid Ibrahim.. Ini Puncanya

Empat orang anggota exco PAS di Selangor memilih untuk kekal dalam kabinet Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk

Sumber Pakatan Rakyat memberitahu Malaysiakini bahawa istana memberi petunjuk bahawa wakil Umno mungkin dilantik dan satu kerajaan minoriti akan dibentuk sekiranya empat exco PAS itu meletak jawatan.

"Ini adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh PAS namun dikritik keras oleh masyarakat umum dan pemimpin Pakatan,” kata sumber tersebut yang tidak ingin dinamakan.Umno mempunyai 12 orang wakil rakyat dalam DUN Selangor.
Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut.

Seorang lagi anggota exco, dari PKR, mengumumkan meletak jawatan semalam. PAS dan anggota exconya dalam kabinet Khalid menerima kritikan demi kritikan kerana menyokong kabinet tersebut, sehingga pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu pada 27 Ogos.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendedahkan bahawa dua orang ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyokong beliau untuk mengambil alih jawatan menteri besar.

Sokongan dua ADUN PAS itu didakwa memberi kelebihan kepada Wan Azizah untuk mendapat majoriti dengan sokongan 30 wakil rakyat, dari kesemua 56 orang ADUN.

PAS melancarkan siasatan ke atas tindakan dua ADUN berkenaan, yang dianggap bertentangan dengan pendirian parti.Bagaimanapun, sumber Pakatan menyebut, beliau dimaklumkanbahawa beberapa pemimpin PAS akan menyokong Saari dan Hasnul bagi memastikan dua ADUN tersebut tidak dikenakan tindakan.

"Mereka hanya mengikut keputusan Muktamar PAS dan majoriti pemimpin PAS menyokong tindakan mereka,” katanya. ~mk
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena