Friday, 8 August 2014

Polis telah bertindak! Kes 'Sukan Bogel', bunuh 2 pelajar perubatan & sebar berita palsu...

Jumaat, 8 Ogos 2014



Geng laknat yang tak tahu menghormati kehidupan msyarakat majmuk dan berbilang bangsa serta agama.
Lebih teruk dari binatang.


Kerabu Bersuara


INILAH WAJAH SUSPEK-SUSPEK YANG DIBURU POLIS KERANA TERLIBAT DALAM PESTA SUKAN BOGEL 2014 TELUK BAHANG, PULAU PINANG. 
Gambar: INILAH WAJAH SUSPEK-SUSPEK YANG DIBURU POLIS KERANA TERLIBAT DALAM PESTA SUKAN BOGEL 2014 TELUK BAHANG, PULAU PINANG. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/08/inilah-wajah-suspek-suspek-yang-diburu.html

Balik Pulau: Polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang juga peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 bagi membantu siasatan.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Ellen dan bekerja sebagai guru muzik ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Bayan Baru.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Menurutnya, polis juga sudah mengenal pasti penganjur dari Malaysia iaitu Chew Tok Hwa, 57, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

"Hasil siasatan mendapati wanita itu adalah bekas guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di negeri ini.

"Kita sedang menjejaki wanita terbabit dan seorang lagi lelaki iaitu penganjur dari Singapura, Albert Yam," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
Posted by 

WAJAH-WAJAH SUSPEK YANG BUNUH DUA PENUNTUT PERUBATAN WARGA BRITAIN YANG BERJAYA DI TANGKAP POLIS. 
Dua penuntut perubatan warga Britain tidak sempat mencapai impian mereka untuk bergelar doktor apabila maut ditikam oleh sekumpulan empat lelaki tempatan dalam pergaduhan di Jalan Abell, Padungan di sini awal pagi ini.

Difahamkan, kedua-duanya yang merupakan penuntut dari Newcastle University, United Kingdom dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital tempatan di sini, sejak Jun lalu, bakal menamatkan latihannya itu hari ini.

Mangsa yang dibunuh ialah Neil Gareth Dalton, 23, dan Aidan Brunger, 22, yang mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas ditikam di bahagian dada dan belakang badan dengan senjata tajam.

Polis berjaya menangkap keempat-empat suspek dalam serbuan berasingan di kediaman masing-masing pada pukul 6 pagi dan 4.45 petang ini serta merampas sebuah kereta Perodua Viva, sebilah pisau, tiga telefon bimbit dan pakaian mangsa serta suspek, sebagai bahan bukti.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 35 tahun termasuk dua orang yang masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan pecah rumah, direman sehingga 13 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Posted by 

SEBAR BERITA PALSU BUDAK TAHFIZ KENA TETAK .. SEORANG PENGANGGUR DITAHAN POLIS. 
Masih ingat kes penyebaran satu screenshot mengenai satu sebaran kononnya sekumpulan samseng india telah menyerang (memotong) 6 pelajar tahfiz??? .. Siap bagitau budak 5 tahun kena potong sekali.

Seorang penganggur ditahan oleh polis kerana disyaki menyebarkan berita palsu mengenai insiden tetak pelajar tahfiz si Pandanmaran, Klang  dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Pandan, Ampang pada kira-kira pukul 1 pagi tadi
.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena