Tuesday 5 August 2014

Viral Macai Umno: Chalet diwarta Kerajaan Persekutuan untuk Pegawai Awam...Mengapa boleh berbogel?

Rabu, 6 Ogos 2014

Video klip dijaja dan diviralkan macai Umno...



Sebelum ini riuh rendah, kecoh ,gempak dan gegak gempita satu dunia kononnya Kerajaan Negeri DAP/PR telah memberikan kelulusan Pesta Bogel diadakan disalah sebuah Pantai di negeri tersebut.

Video klip dijaja dan diviralkan ... akhirnya tukang jaja terkantoi sebab 1)  Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah tahu apatah lagi memberikan kebenaran pesta seumpama itu diadakan dinegeri bawah pemerintahannya.  2) Tempat dikatakan Pesta Bogel 2014 diadakan ialah di Teluk Kampi Trail . kawasan yang diberitahu oleh KM Pulau Pinang Lim Guan Eng kawasan yang sudah pun diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan yang chaletnya dikhaskan untuk kakitangan awam sahaja .. Persoalan dilontarkan .. Bagaimana dan macam mana orang luar boleh ada akses dan menggunakan chalet tersebut????  3)  Pihak PDRM telah pun memulakan siasatan atas aduan dan permohonan khas dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Nak tanya sikit soalan mudah kepada macai-macai UMNO ni ... kalau pihak Jabatan Siasatan Jenayah narkotik berjaya mengesan makmal proses dadah dinegeri yang ditadbir UMNO/BN adakah ini membawa maksud yang kerajaan negeri berkenaan merestui wujudnya makmal berkenaan??? .. Begitu juga serbuan yang berjaya membongkar kegiatan judi empat nombor ekor haram .. adakah kerajaan negeri berkenaan melindungi dan memberikan izin kegiatan haram diberleluasa dinegeri berkenaan???

Sebab itu kalau nak serang pastikan ianya logik dan berfakta .. kalau sekadar putar dan cuba kaitkan dengan hujah-hujah keliru itu dinamakan buat kerja baghal bin bahalol .. Akhirnya diri sendiri terkantoi!!!!
Posted by 

VIDEO 'SUKAN BOGEL' DISAHKAN DI KAWASAN UNTUK PEGAWAI AWAM KERAJAAN PERSEKUTUAN

7 Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Dalam Video 'Sukan Bogel' - Polis

GEORGE TOWN: Polis mengenal pasti tujuh rakyat Malaysia yang merupakan antara peserta pesta 'sukan bogel', yang didakwa diadakan di Teluk Bahang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Rabu berkata, seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk "Penang Nude Sport Games" (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.

"Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India.

"Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini.Beliau berkata, polis turut merakamkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan.

Video berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik dua bulan lalu di laman perkongsian video Vimeo. ~mstar


Dibawah:  inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...? pic.twitter.com/KZH0NBpY1q

Kedahkini.
Pesta bogel: Chalet diwarta hanya untuk pegawai awam
HARAKAHDAILY | 06 Ogos 2014.
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal mengapa Chalet yang diwartakan hanya untuk pegawai awam oleh Kerajaan Pesekutuan itu dibenarkan digunakan oleh pihak luar untuk mengadakan pesta sukan bogel.

"Inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...?", tulisnya di Twitter.

Tulisan itu turut disertakan dengan sekeping gambar papan tanda 'Teluk Kampi Trail, Taman Negara Pulau Pinang'.

Di Twitter tersebut, beliau turut diminta oleh pengikut beliau agar mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Dalam reaksinya, Lim berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

"Pls give the Forestry Dept n Fed govt Ministry time 2 investigate n rpt.

"Takkan kerjn negeri akan benarkan aktiviti ini, bila kasino pun tak dluluskan?," katanya lagi.

Beberapa blog Umno sejak kelmarin menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan aktiviti berbogel termasuk mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka. - HARAKAHDAILY

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena