Tuesday, 5 August 2014

[Video] Kubur siapa Khalid ziarahi... Beliau dipaksa berhenti tergesa-gesa kerana masalah Anwar

Selasa, 5 Ogos 2014


Khalid dipaksa berhenti tergesa-gesa kerana masalah Anwar

Seandainya Khalid Ibrahim berjaya di ketepikan maka keseluruhan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor perlu meletakkan jawatan mereka dari menjadi Ahli Majlis Mesyuarat tersebut. Tetapi jika mereka dilantik kembali oleh penggantinya maka itu tidak menjadi masalah. Tetapi yang pentingnya mereka wajar berhenti secara ‘gentleman’ kerana mereka adalah kabinet negeri yang dilantik oleh Menteri Besar Khalid.
Itu adalah semangat kepada demokrasi itu. Ini ialah kerana Menteri Besar semasa dilantik adalah disebabkan kepercayaan Dewan Undangan dan dipersetujui oleh Tuanku Sultan, dan seterusnya Menteri Besar telah memilih dan melantik dikalangan ahli-ahli Dewan Legislatif Selangor untuk membentuk kabinet negeri yang di panggil sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan itu.
Maka adalah tinggi moralnya jika sesiapa yang dilantik oleh Menteri Besar yang bersara atau berhenti itu untuk bersama-sama meletakkan jawatan bersama Menteri Besar yang melantik mereka itu. Tetapi tidak ada salahnya jika menerima tawaran oleh Menteri Besar yang baru untuk kembali menyertai Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baru itu. Tetapi yang penting sekali ialah untuk mereka menyempurnakan tanggungjawab moral mereka untuk berhenti bersama dengan Menteri Besar dan seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan itu.
Amalan ini jarang berlaku di negara ini, tetapi ia perlu diambil perhatian tentang isu ini kerana demokrasi itu ada semangatnya. Tetapi dahulunya isu ini menjadi perkara yang asas dalam melaksanakan demokrasi di negara ini. Pemimpin pre Mahathir merupakan pemimpin yang kebanyakannya adalah dari ‘perfect gentlemen’ dan bersara untuk memenuhi tuntutan semangat demokrasi itu. Mereka berhenti bersama dengan pemimpin yang melantik mereka dalam kabinet itu.
Di Britain jika seorang Perdana Menteri itu berhenti separuh penggal yang berjalan, semua ahli kabinet Perdana Menteri yang bersara itu secara automatik berhenti sekali. Jika mereka masih berkehendakkan bersama dalam kabinet baru, mereka boleh mengharapkan yang mereka akan di panggil dalam tempuh 24 jam dari waktu persaraan itu. Tetapi selepas jangka masa itu dan masih tidak dipanggil oleh Perdana Menteri yang baru, maka mereka menerimanya sebagai waktu mereka untuk bersara terus dari menjadi ahli kabinet baru itu.
Jika Idris Ahmad di pilih untuk menggantikan Khalid menggantikan Wan Azizah, maka Idris mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja dikalangan Ahli Dewan Undangan itu untuk menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan itu. Idris boleh melantik bekas ahli Majlis Mesyuarat kerajaan yang telah bersara bersama Khalid itu atau memilih semuanya dari mereka yang tidak ada dalam Majlis Mesyuarat itu semasa Khalid menjadi Menteri Besar.
Idris Ahmad seorang pengamal perubatan adalah ADUN Ijok dan telah dispekulasikan sebagai gantian kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai calon kompromi bagi jawatan Menteri Besar itu. Telah dikatakan yang Khalid bersedia untuk memberikan laluan kepada calon selain dari Azmin Ali dan Wan Azizah dan jika inilah calon komprominya maka Idris pada saya merupakan seorang yang layak untuk duduk di jawatan penting itu.
Tetapi andaian itu masih jauh dari kenyataan dan hakikat senario di Selangor sekarang ini. Memilih seorang Menteri Besar itu mudah tetapi untuk memberhentikannya adalah satu ‘enterprise’ yang amat membebankan. Itu sebabnya yang paling baik ialah untuk membiarkan Khalid untuk terus memegang jawatan itu sehingga tamat penggal keduanya itu. Khalid itu bukan dilantik oleh PAS. Beliau dilantik oleh PKR untuk menjawat jawatan itu.
Ini merupakan kompromi yang terbaik, malahan lebih baik dari memilih pengganti kepada Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim itu. Anwar mungkin ada sebab kenapa beliau perlukan pengganti Khalid itu secepat yang mungkin. Biarlah itu diketahui olehnya sendiri walaupun ramai yang faham kenapa beliau tergesa-gesa untuk memberhentikan Khalid. Mungkin Khalid sendiri tahu sebabnya dan kita tidak layak untuk memberitahu sebab yang sebenarnya.
Tetapi jika Khalid memilih untuk memberitahu sebab-sebab sebenarnya itu adalah satu perkara yang agak baik untuk pengetahuan ahli-ahli parti dan rakyat Selangor. Ramai yang tertanya-tanya kenapa hendak diberhentikan Khalid dengan tergesa-gesa? Kenapa hendak gantikan selepas Aidilfitri? Kenapa tidak selepas Hari Raya Korban misalnya. Kenapa tidak selepas Hari Christmas atau selepas Deepavali September ini?
Semua persoalan ini biarlah berada dalam benak dan dalam diri Anwar sendiri. Tindakan tergesa-gesa ini tentu bersebab. Anwar tidak akan memberitahu sebab sebenarnya dalam usaha membersarakan Khalid sebagai Menteri Besar itu.
Tetapi ramai juga rakyat yang mempunyai pandangan yang sebab utamanya ialah kerana masalah yang beliau (Anwar) sedang hadapi sekarang. Bak kata anak-anak muda sekarang ini, ‘lu pikirlah sendiri’.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena