Thursday 14 August 2014

[Video] PR kembali majoriti di DUN S'gor disokong oleh 30 ADUN berbanding Khalid 26 ADUN...

Khamis, 14 ogos 2014



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata "pengumuman" Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor tidak.bermakna.

Beliau berkata sokongann itu patut "diterjemahkan" kepada proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Selangor.

"Dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor," kata beliau dalam laman rasmi tweet dan facebokknya hari ini.

Hari ini Wan Azizah mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri Khalid

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

Beliau berkata selagi Wan Azizah atau Pakatan Rakyat tidak memulakan proses di Dewan Negeri, pentadbiran beliau tidak terjejas.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa," katanya lagi.
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena