Friday 3 November 2017

[Video Nyawa Dr M mungkin terancam dgn penarikan pengawal team UTK] Dana RM90 juta...Zahid ni faham ke peribahasa 'baling batu sembunyi tangan'?

Jumaat, 3 November 2017

Image result for Foto Dana RM90 juta pemimpin pas

ADAKAH ZAHID HAMIDI FAHAM MAKNA PERIBAHASA "BALING BATU SEMBUNYI TANGAN"?

Fakta 1
Menurut laporan sebuah portal berita, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas Presiden Majlis Peguam, S Ambiga perlu berani bertanggungjawab terhadap tindakannya memberikan data dan maklumat mengaitkan pemimpin tertinggi Pas menerima wang daripada Najib Razak kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Kata beliau, S Ambiga tidak boleh bersikap seperti "baling batu sembunyi tangan" dalam perkara berkenaan dengan cuba mengelakkan diri daripada ditemui pihak media.

"Kalau ada keberanian dengan bukti diberikan kepada Sarawak Report, beliau mesti berani...tidak harus bersembunyi untuk menyatakannya. 

"Beliau harus berani bertanggungjawab dengan semua data dan maklumat itu," kata Zahid Hamidi lagi.
Fakta 2
Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan Clare di mahkamah London berhubung saman yang difailkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang terhadapnya, beliau antara lain menyebut nama S Ambiga sebagai sumber maklumatnya berhubung dakwaan pimpinan tertinggi Pas menerima wang RM90 juta daripada Najib.

Clare mengakui beliau ada bercakap dengan Ambiga mengenai Najib, 1MDB dan Pas pada Julai 2016 dan bekas Pengerusi Bersih itu memberitahunya, berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, jumlah wang yang diberikan kepada pimpinan Pas adalah sekitar RM90 juta.

Oleh kerana kenyataan pembelaan itu telah difailkan di mahkamah, bermakna Ambiga bukan saja bakal memberi keterangan apabila perbicaraan berlangsung nanti, malah beliau sedia disoal balas oleh peguam Hadi berhubung data dan maklumat tersebut.

Fakta 3
Makna mudah peribahasa "baling batu sembunyi tangan" ialah melakukan sesuatu perbuatan tidak baik kepada pihak lain, tetapi kemudian berpura-pura tidak tahu atau enggan mengaku mengenainya.

Rumusan
Secara langsung dan tidak langsung, meskipun tidak melayan sebarang permintaan, khususnya daripada UMNO, Pas atau media agar beliau mendedahkan apa yang diberitahunya kepada Clare atau maklumat yang ada padanya berkenaan dana RM90 juta daripada Najib kepada pimpinan Pas itu, ia tidak bermakna Ambiga bersikap seperti peribahasa "baling batu sembunyi tangan"  sebagaimana yang disebut Zahid itu.

Ambiga hanya tidak mahu bercakap sekarang kerana menunggu perbicaraan sebenar untuk beliau mendedahkan segala-galanya.

Seperti yang disebut oleh Ambiga sendiri, tiada keperluan untuk beliau melayan sebarang desakan ke arah perbicaraan mini di Malaysia kerana perbicaraan sebenar akan berlangsung di London.

Adakah Ambiga pernah berpura-pura tidak tahu atau tidak mengaku berhubung maklumat yang diberikannya kepada editor Sarawak Report?

Tidak mahu mendedahkan sekarang dan menunggu detik lain untuk berbuat demikian bukanlah bermakna "baling batu sembunyi tangan".

Dalam hal ini, Zahid Hamidi faham atau tidak makna sebenar peribahasa "baling batu sembunyi tangan"? 

Satu lagi, daripada meminta Ambiga berterus-terang, lebih baik Zahid Hamidi mendesak Najib agar bercakap benar sama ada pernah atau tidak memberi wang kepada Pas sebagaimana laporan Sarawak Report itu serta tidak berdalih jika dikehendaki hadir apabila namanya disenaraikan sebagai saksi untuk memberi keterangan di mahkamah London nanti.  (ShahbudinHusin 02/11/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena