Thursday 2 November 2017

[Video Rakyat Kedah Nekad Singkirkan UmnoBN PRU-14! Umno & Pas Kedah hilang arah?] Najib perlu jawab pembelaan Rewcastle-Brown, bersihkan nama Malaysia.

Jumaat, 3 November 2017

Najib perlu jawab pembelaan Rewcastle-Brown, bersihkan nama Malaysia

Najib perlu jawab pembelaan Rewcastle-Brown, bersihkan nama Malaysia
Naib Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Faiz Fadzil menggesa Perdana Menteri Najib Razak mengambil langkah berani mempertahankan nama baik dan maruah negara atas premis integriti dan akauntabiliti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2017.

PERDANA Menteri Najib Razak perlu menjawab kenyataan pembelaan Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kerana salah laku jenayah perdana menteri didedahkan secara terperinci, kata Naib Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Faiz Fadzil.
Faiz berkata, kenyataan pembelaan Rewcastle-Brown dalam saman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mencemar nama baik negara.
“Selaku perdana menteri, Najib seharusnya melantik peguam untuk memohon sebagai pencelah dalam saman presiden PAS tersebut bagi menjawab segala dakwaan Clare tersebut kerana beliau adalah pihak yang terkilan dan mempunyai kepentingan di dalam kes tersebut serta bagi membersihkan nama negara,” kata Faiz yang juga timbalan ketua Pemuda Amanah dalam kenyataan kepada The Malaysian Insight.
“Ini adalah kerana pembelaan adalah dokumen mahkamah yang bersifat dokumen awam yang boleh diakses oleh mana-mana individu di seluruh dunia”.
Katanya, Najib seharusnya mengambil langkah berani mempertahankan nama baik dan maruah negara atas premis integriti dan akauntabiliti. 
Pada 21 April lalu, PAS memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Najib “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Faiz berkata, adalah mengejutkan meneliti pendedahan fakta dalam pembelaan dan tuntutan balas terhadap saman yang dikemukakan Hadi di Mahkamah Tinggi London itu.
“Pembelaan tersebut mendedahkan beberapa fakta terperinci berkaitan pembayaran jutaan ringgit kepada pemimpin kanan PAS oleh Najib. 
“Antaranya, sejumlah RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa termasuk wang hasil penyelewengan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan pemilikan aset-aset mewah hartanah dan kenderaan oleh 10 orang pemimpin kanan PAS yang lain untuk memastikan perpecahan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Faiz berkata, dakwaan ini adalah serius dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera kerana ia melibatkan jenayah rasuah dan penyelewengan dana awam di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.
“Di samping itu, intipati substantif Pembelaan tersebut menjurus kepada pendedahan salah laku jenayah korupsi dan salah guna kuasa oleh Najib termasuk skandal 1MDB, urus niaga kapal selam Scorpene, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan pendakwaan politik kes liwat Anwar Ibrahim bagi menunjukkan betapa korupnya Najib. 
“PAS adalah antara umpan Najib bagi mengekalkan kuasa politik beliau dengan menyogok wang jutaan ringgit. 
“Perpecahan dalam parti Islam tersebut serta PR dilihat sebagai kejayaan permainan licik politik Najib dan Umno,” katanya. – 2 November, 2017.
The Malaysian Insight. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena