Thursday 31 May 2018

[Video Berita baik buat peminjam PTPTN] Akhirnya 'Politik Matang' Pas dah bijak putar belit menipu setelah bertawun Umno & Ribuan peminjam ingkar PTPTN tak lagi disenarai hitam imigresen.

Khamis, 31 Mei 2018
Foto Suara Rakyat.
KANTOI MENIPU !!!..

"Saya sahkan memang surat itu dikeluarkan pada 27 Mei 2018, selepas mendapat arahan pihak istana", kata SUK Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad (29/5/2018)

"Larangan terhadap Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki semua jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Kelantan adalah titah istana", kata SUK Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad (29/5/2018)

TIBA-TIBA bila dah panas bontot kantoi putar belit menipu, sehari selepasnya pula SUK tersebut menafikan plok kononnya tidak pernah keluar dari mulut beliau mengatakan bahawa arahan itu berasal dari istana.

Beliau hanya hanya memaklumkan menerima arahan itu daripada 'pihak atasan'..

SIAPA 'pihak atasan' tersebut ??.. Kalau bukan pihak istana siapa ??!

Akhirnya #PolitikMatang PAS dah bijak putar belit menipu setelah bertawun Umno..

Ribuan peminjam ingkar PTPTN tak lagi disenarai hitam imigresen


Proses mengeluarkan nama peminjam ingkar PTPTN daripada senarai hitam imigresen akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selepas menjelang pertengahan Jun, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.
Beliau berkata, proses itu bermula pada 24 Mei lalu dan dijangka selesai pada 5 Jun, sekali gus menepati antara ikrar pilihan raya Pakatan Harapan.
“Saya jangka semua urusan yang berkaitan akan dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun.
“Maka dengan itu saya percaya bahawa janji yang pertama berkaitan kementerian saya akan dapat kita kotakan,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, di Putrajaya, hari ini.
Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
Walau bagaimanapun, beliau berkata kementerian memerlukan lebih banyak masa untuk mencari jalan melaksanakan janji itu, termasuk mekanisme pelaksanaan bagi menunaikan janji itu.
“Berkaitan dengan PTPTN dan penangguhan bayaran, kami telah menubuhkan suatu kumpulan untuk melihat dan mengkaji dengan lebih teliti apakah cara yang terbaik supaya janji tersebut dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari dengan tidak menggadaikan beberapa kepentingan rakyat yang lain yang juga turut diberikan keutamaan oleh kerajaan yang baru.
“Insya -Allah saya akan membuat pengumuman yang sewajarnya sebelum akhir tempoh 100 hari pertama (Pakatan Harapan menerajui kerajaan persekutuan),” katanya.
Hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, yang memberitahu bahawa lebih satu juta peminjam telah disenarai hitam sejak tahun 2000.
Namun menurutnya, serama 655,000 orang yang telah membuat bayaran dikeluarkan daripada senarai tersebut melalui kaedah biasa sebelum ini.
Justeru, kini masih terdapat kira-kira 433,000 peminjam yang sedang dikeluarkan nama mereka secara berperingkat-peringkat.
Beliau berkata mereka yang perlu melakukan perjalanan ke luar negara tetapi masih belum dikeluarkan daripada senarai hitam berkenaan boleh menghubungi PTPTN untuk menyelesaikan perkara itu.
Walau bagaimanapun, beliau berkata mereka yang gagal membuat pembayaran PTPTN selama enam bulan akan disenaraihitamkan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), yang akan menjejaskan penarafan kredit masing-masing.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena