Tuesday 29 May 2018

[Video Temubual khas bersama Menteri Pertahanan Mohamad Sabu] 'Bakal Kahwini AGONG' Wan Azizah nafi Nurul Izzah dilamar YDP Agong.

Selasa, 29 Mei 2018

Bakal Kahwini AGONG?


Hasil carian imej untuk Gambar Nurul Izzah

Wan Azizah nafi Nurul Izzah dilamar YDP Agong

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terkejut selepas diajukan soalan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak tahu dan menafikan khabar angin berkenaan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dikatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
“Astagafirullahalazim… jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah …,” katanya pada sidang media  lawatan ke Rumah Ehsan Warga Emas, Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Sebelum ini, portal dan media tempatan melaporkan berita perkahwinan Naib Presiden PKR dan kerabat diraja Kelantan yang turut viral di media sosial.
Pada 24 Mei lalu, ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.
Lawatan itu yang pertama untuk Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pertemuan tertutup berkenaan berlangsung selama sejam.
Bagaimanapun, mesej viral itu memutar fakta dan mengatakan Anwar dan Dr Wan Azizah bertemu dengan raja untuk membincangka perkahwinan, dipetik Utusanonline hari ini.
Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena