Tuesday 29 May 2018

[Video Rahman Dahlan, tunjuk bukti - PM] Isk, isk, iskkk Rahman Dahlan ni! PM: Tunjuk bukti batal HSR rugi RM200 bilion & Rupa2nya hutang 1MDB dibayar oleh MOF! Siapa menteri Kewangan ketika itu? Najib Razak kan!

Rabu, 30 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.

"Bail out' 1MDB terbesar dalam sejarah" - Guan Eng (27/5/2018)

Kementerian Kewangan (MoF) telah membayar pelbagai tuntutan kewangan yang dikenakan ke atas 1MDB sejak April 2017. Pembayaran tersebut kini berjumlah RM6.98 bilion. Sebanyak RM954 juta lagi perlu dibayar sebelum akhir tahun ini.

MASIH INGAT..
"1MDB bayar hutang tanpa menggunakan dana awam" - Arul Kanda, (27/4/2018)

"Tiada dana awam diguna bayar hutang 1MDB" - Menteri Kewangan II, (8/8/2017)

TETAPI..
Bagaimana Najib, BN dan Arul Kanda menipu kita..?? Najib dakwa hampir RM7 billion yang dibayar kepada IPIC melalui Pelan Rasionalisasi 1MDB malah PAS PUAS HATI TERHADAP PELAN RASIONALISASI tersebut..

Rupa2nya hutang 1MDB dibayar oleh MOF .. Siapa menteri Kewangan ketika itu..?? Najib Razak..

#PASpuasHati #PercayaPadaPenipu

Tunjuk bukti batal HSR rugi RM200 bilion, kata Dr M


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar bekas menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan untuk membuktikan bahawa negara akan kerugian sekurang-kurangnya RM200 bilion jika projek Landasan Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibatalkan.
"Tunjuk bukti. Kita kata dia (sebabkan negara) hilang RM1 trilion (akibat hutang). Kita adapapers, ada bukti, dokumen yang menunjukkan kata kita hilang (RM1 trilion).
"Ini cakap mulut sahaja, suruh dia keluarkan bukti," kata Mahathir kepada wartawan di Bukit Aman malam ini selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota polis hari ini.
Perdana Menteri semalam mengesahkan Malaysia akan membatalkan projek itu dan kemungkinan membayar pampasan sebanyak RM500 juta.
Rahman berkata kerajaan telah membuat kesilapan besar dengan membatalkan projek itu, sambil menambah ia "terlalu mudah" bagi Mahathir mengatakan projek itu tidak akan memberi manfaat.
"Potensi pulangan daripada nilai hartanah akan menguntungkan bagi projek kereta api dalam jangka masa panjang.
"Pada sudut pandangan makro, dianggarkan Malaysia akan kehilangan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM209 bilion dan kehilangan potensi untuk mencipta 70,000 pekerjaan sekiranya HSR dibatalkan," kata Rahman.
Sementara itu, Mahathir juga berkata Singapura akan dimaklumkan secara rasmi mengenai rancangan kerajaan untuk membatalkan projek itu.
Ini selepas Singapura semalam mengatakan ia masih belum dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena