Sunday 27 May 2018

[Video PENETAPAN SIFAR GST 1 Jun - KPDNKK periksa stok bekalan barangan] Azmin: Peniaga tak boleh naik harga barang lepas GST sifar.

Ahad, 27 Mei 2018

Azmin: Peniaga tak boleh naik harga barang lepas GST sifar

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi jaminan tidak akan ada kenaikkan harga barang sebaik sahaja cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun depan.
Azmin berkata pihaknya juga akan membuat pantauan melalui kementerian yang terlibat bagi memastikan usaha kerajaan mengurangkan beban rakyat melalui pemansuhan GST itu tercapai.
“Dengan terhapusnya GST maka mereka (peniaga) tak lagi dibenarkan menaikkan harga barang dan saya percaya kementerian yang berkenaan akan pantau perkara ini.
“Kementerian terbabit dengan kerjasama pihak Kastam akan pastikan penguatkuasaan akan ditingkatkan supaya tidak akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab ambil kesempatan.
"Tujuan utama HARAPAN menghapuskan GST adalah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan perkara ini perlu dilaksanakan segera dalam tempoh 100 hari.
"Ia bukan (sekadar) pengumuman saja (tapi juga melibatkan) penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama penduduk Gombak, di Taman Melawati, hari ini.
Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai pengalamannya selepas seminggu bertugas sebagai menteri persekutuan.
Insentif penjawat awam
Mengulas lanjut, Azmin berkata beliau kini sedang giat mendapatkan maklumat serta mendengar taklimat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) tentang langkah-langkah yang telah dan akan diambil dalam rangka merancang pembangunan sosio ekonomi dalam negara.
“Pada ketika ini EPU dan pihak kementerian sedang siapkan midterm review yang akan dibentangkan pada September ini.
“Namun mereka hadapi sedikit masalah kerana kerajaan baru dah terbentuk, dan apakah format midterm review, saya dah bawa perkara ini dalam mesyuarat jemaah kabinet dan EPU telah diminta untuk bentang.
"Jadi kajian jangka pertengahan kali ini agak berbeza bukan hanya kita melihat pencapaian Rancangan Malaysia Ke-11 selama dua tahun tetapi kita perlu meletakkan satu sasaran baru berdasarkan janji Pakatan Harapan," katanya.
Manakala diminta mengulas berhubung insentif Aidilfitri kepada penjawat awam di Selangor, beliau yang juga menteri besar negeri itu berkata perbincangan akan dibuat dengan perbendaharaan negeri sebelum mengumumkan berita baik mengenainya pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri itu minggu depan.
“Kita akan bincang dengan perbendaharaan dan kita akan lihat kedudukan kewangan negeri, alhamdulillah kukuh tapi saya perlu mendapatkan maklum balas daripada perbendaharaan sebelum pengumuman dibuat minggu hadapan dalam perhimpunan bulanan dengan perkhidmatan awam," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena