Tuesday 29 May 2018

[Video Pegawai keselamatan ditarik balik kerana Najib sedang disiasat, Najib Menangis!] Jawapan mengenai tempoh jawatan Dr Mahathir, cita-cita Anwar.

Rabu, 30 Mei 2018\

Najib  Menangis Pegawai Ditarik Balik?


Sebak! Suasana Pilu Di Kediaman Najib Razak



Image result for gandingan dr.m dan anwar

Jawapan mengenai tempoh jawatan Dr Mahathir, cita-cita Anwar

Jawapan mengenai tempoh jawatan Dr Mahathir, cita-cita Anwar
Penulis blog dan ahli politik Umno mahu cuba menimbulkan masalah di antara Dr Mahathir, pemimpin Pakatan Harapan lain dan Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Mei, 2018.
MALAYSIAN spring. Malaysia Baharu.
Suasana gembira dan menyenangkan hati mengenai keajaiban yang berlaku pada 9 Mei masih dapat dirasa.
Adil juga untuk dinyatakan bahawa terdapat sedikit kekeliruan dan kebimbangan apabila berlaku ledakan berita apabila media tidak lagi disekat daripada melaporkan dengan benar.
Untuk ini, The Malaysian Insight berhenti sejenak bagi menjawab beberapa persoalan dan menentukan kesahihan beberapa dakwaan.
SOALAN 1: Adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan musnah akibat masalah dalaman?
Tidak.
Tapi ada teka-teki baharu yang disebut-sebut masa ini: Berapa lamakah Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakannya akan kekal mentadbir. Golongan yang giat membangkitkan perkara ini adalah orang-orang Umno, golongan yang mencari laba dan juga pemerhati politik Malaysia.
Tesis utama kumpulan ini adalah Anwar Ibrahim merupakan ahli politik yang bercita-cita tinggi dana akan menekankan pendiriannya dalam isu negara dan antarabangsa.
Pada satu masa, campur tangannya akan menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan akan menyebabkan perselisihan hubungan.
Perbalahan di antara PM dan bakal PM ini akan meracuni PH dan membawa kepada perpecahan gabungan parti yang menguasai 124 kerusi di Parlimen.
Peraih utama yang mempromosi senario ini adalah Umno.
Ia tidak dapat memetakan jalan untuk pemulihan partinya, lalu ia berharap kepada perpecahan dalaman kerajaan PH untuk memberikannya jalan belakang dan kembali ke Putrajaya.
Jadi kita boleh jangka penulis blog dan ahli politik Umno membangkitkan perkara ini setiap kali Anwar menghadap Raja-Raja Melayu atau mengeluarkan kenyataan yang dilihat menegur Putrajaya.
Mereka mahu menimbulkan masalah di antara Dr Mahathir dan pemimpin PH lain dan juga Anwar.
Mereka mahu seluruh rakyat terpaku pada drama ini. Umno mahu pentadbiran Dr Mahathir terganggu dengan drama ini.
Kita sudahpun melalui pengalaman ini – yang memberi kesan buruk kepada Malaysia, Dr Mahathir dan Anwar.
20 tahun lalu, satu kempen secara bisik-bisik dijalankan oleh Anwar dan Dr Mahathir. Ia akhirnya membawa kepada konfrontasi dan berakhir dengan pemecatan dan pemenjaraan Anwar dan kerosakan pada kewibawaan Dr Mahathir.
Kedua-duanya kini sudahpun diberikan peluang untuk bertaubat di usia senja masing-masing.
Bodohlah jika Anwar dan Dr Mahathir lupa siapa yang memberikan peluang kedua kepada mereka untuk kembali ke puncak.
Lebih buruk lagi, amat menyedihkan jika mereka membenarkan golongan berkepentingan untuk membawa mereka ke jalan kemusnahan seperti yang dilalui pada 1998.
SOALAN 2: Anwar tiada kedudukan rasmi dalam kerajaan. Jadi mengapa beliau berjumpa orang berpengaruh?
Anwar sudahpun menghadap Sultan Johor. Beliau juga menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong di Kelantan dan belau juga dijadualkan bertemu Presiden Indonesia Jokowi Widodo.
Rentetan pertemuan peringkat tertinggi ini memberi gambaran bahawa beliau sedang bergegas, dan memberi isyarat kepada semua pihak bahawa beliau seorang tokoh penting dalam suasana pasca pilihan raya ini.
Perkara ini menjengkelkan beberapa pihak, yang menuduh Anwar memasang cita-cita yang terlalu besar.
Tapi, adakah bekas timbalan perdana menteri dan bekas ketua pembangkang ini harus menjadi suri rumah sahaja selepas ini?
Anwar sentiasa dambakan tumpuan.
Walau ketika dalam penjara, beliau tetap mengeluarkan kenyataan akhbar dan membuat keputusan penting untuk PKR.
Mengapa rakyat Malaysia harus terperanjat dengan keinginan Anwar untuk didengar, dihormati dan dianggap sebagai kuasa besar di Malaysia hari ini.
Beliau akan menjad PM dalam tempoh dua tahun dan beliau tidak mahu sesiapapun lupa pada perkara itu. – 29 Mei, 2018.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena