Thursday 31 May 2018

[Video Monumen Batu Bersurat Di R&R Rawang Bakal Dibuka 31 Mei] 0% GST- Price drop of 20-30% at Aeon Big Malaysia...PJ PAS PAHANG MENIPU ATAU TIDAK TAHU? Pas hipokrit suruh PH bayar hutang – Khairuddin

Jumaat, 1 Jun 2018

No automatic alt text available.
Price drop of 20-30% at Aeon Big Malaysia
 0% GST
 



PESURUHJAYA PAS PAHANG MENIPU ATAU TIDAK TAHU? KESIAN ...


No automatic alt text available.

Allahu Akbar... MasyaAllah. Ada juga Wakil Rakyat yg tidak faham. Kalau dah wakil rakyat bahkan Pesuruhjaya Pas negeri pun tidak faham, bayangkan yg lain. Malangnya, atas kejahilannya itu dia sampaikan kpd orang lain dalam kuliah agama pulak tu.... Menyedihkan. 

Biarlah Ana terangkan pada Ustaz. Semua surirumah yg tidak bekerja samada suaminya mencarum atau tidak dlm Kwsp, surirumah itu layak mendapat potongan Kwsp dari kerajaan PH iaitu RM 50. Jika suaminya bekerja dan mencarum dlm kwsp, potongan 2% dari suaminya akan diberikan kpd isterinya.

Contoh, isteri seorang nelayan atau petani yg tidak bekerja, mereka layak dapat caruman Kwsp dari kerajaan RM 50. Caruman dari suaminya sebanyak 2% itu tidak ada kerana suaminya seorang nelayan tidak mencarum dlm kwsp.

Contoh lain, isteri YB Ustaz Rosli Jabar juga akan mendapat caruman Kwsp dari kerajaan PH sekiranya isteri ustaz tidak bekerja. Jika YB ada mencarum dlm Kwsp selaku wakil rakyat, maka 2% dari gaji ustaz akan dicarumkan kpd isteri ustaz, tidak kira berapa ramai pun isteri ustaz yg tidak bekerja.

Sebagai seorang YB, juga seorang Pesuruhjaya Pas Pahang, apatah lagi sebagai seorang guru ugama, wajar sekali ustaz perbetulkan balik dan beritahu muslimat2 yg telah percaya apa yg ustaz katakan itu. Tak baik menipu ustaz. Kesihan mereka.

Pas hipokrit suruh PH bayar hutang – Khairuddin

Pas hipokrit suruh PH bayar hutang - Khairuddin
Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa pemimpin PAS hanya pandai beretorik dan cuba mengambil kesempatan daripada usaha kerajaan baru melangsaikan hutang negara.
Beliau merujuk ceramah Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Medan Ilmu, Kota Bharu, 18 Mei lalu yang parti Islam itu boleh memerintah negara 5 tahun akan datang selepas masalah hutang negara diselesaikan kerajaan sekarang.
“Secara tidak langsung, kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah turut mengakui PAS tiada wawasan dan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk selesaikan permasalahan negara hari ini.
“PAS mahukan kerajaan PH selesaikan semua hutang negara yang terlalu besar yang tidak mampu untuk diurus oleh parti mereka terlebih dahulu, selepas itu baru sanggup rampas Putrajaya.
“Kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah ini bernada cukup ‘bacul’ yang melambangkan jati diri hipokrasi pemimpin-pemimpin PAS,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menerusi ceramah di Kelantan pada 18 Mei lalu berkata, PAS tidak kisah kalah pada pilihan raya umum ke-14 memandangkan negara sekarang dibebani hutang besar.
“Jadi, apa yang pelik? Tak ada apa yang pelik, Tuhan tarik yang ini, Tuhan bagi yang lain. Nasib baik Tuhan tak bagi perintah Malaysia (sekarang), kalau tidak hutang banyak, nak bayar macam mana? Jadi Tuhan bagi mereka (PH) ambil dulu, selesai dulu hutang Malaysa, 5 tahun lagi kita ambil Malaysia,” kata Amar.
Sementara itu, Khairuddin berkata, berbanding perjuangan hipokrit PAS, PH jujur dan ikhlas menyelamatkan negara yang berada di ambang kehancuran.
“Saya amat yakin Tuhan pun tidak akan memberkati ‘angan-angan mat jenin’ PAS yang senantiasa cuba menunggang di atas kebolehan orang lain.”
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu turut menyindir PAS terlalu berangan-angan dan pemimpinnya tidak berwawasan sehingga tersilap pilih sasaran kerjasama.
“Dulu puji Datuk Seri Najib Razak, tetapi kini PAS mengakui pula hutang negara terlalu besar, khususnya hutang syarikat 1MDB yang mana mereka pun tak mampu untuk selesaikannya.
“Inilah sebabnya kita tidak boleh percaya pada PAS yang senantiasa berdolak-dalik. Mereka ini semua orang politik yang senantiasa bersandiwara.
“Perjuangan PAS kini sudah tersimpang jauh dari wadah perjuangannya yang asal.” 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena