Sunday, 27 May 2018

[Video Saya Kena Jadi Mat Sabu Baru] Kes Scorpene: Mat Sabu setuju jumpa peguam Perancis & PAS HILANG DEPOSIT (PRU14): Sebanyak RM1.345 juta. Parlimen (RM690,000) & DUN (RM655,000) & LEBAI la ni sanggup tipu di bulan puasa?

Isnin, 28 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.


Naib Presiden parti Islam PAS sanggup menipu rakyat w'pon di bulan Ramadhan ??!..

Di dalam ucapan Nik Amar pada kuliah pagi Jumaat (18/5/2018), dgn rasa bongkak mengatakan w'pon PAS hanya menang 1 kerusi DUN di S'gor, hilang 4 di Johor dan hilang 1 shj di Melaka tapi Allah beri lebih kerusi pada di Kedah (15), Pahang (8), menang di Kelantan & Terengganu.. Malah dgn bangga kata kerusi DUN yg menang telah bertambah dari 85 DUN (PRU13) kepada 90 DUN (PRU14)..

FAKTA No (1):
Mmmglah jumlah kerusi DUN makin bertambah SEBABNYA jumlah kerusi yg dipertandingkan juga bertambah. Drpd 236 kerusi DUN (PRU13) kpd 393 kerusi DUN (PRU14).

FAKTA No (2):
PAS bukan hilang 4 kerusi di DUN Johor TETAPI HILANG 40 KERUSI.

FAKTA No (3):
PAS bukan hilang 1 kerusi di DUN Melaka TETAPI HILANG SEMUA KERUSI (24) yg dipertandingkan.

FAKTA No (4):
PAS bangga PH langsung tak menang satu kerusi di Kelantan & Terengganu. W'pon PAS hanya menang 1 DUN di S'ngor tidak ralat sbbnya dpt menang di Kelantan & Terengganu. HAKIKATNYA PAS HILANG SEMUA KERUSI 3 NEGERI yg dipertandingkan di Negeri Sembilan (27), Melaka (24) & Sabah (18).

FAKTA No (5):
PAS kalah teruk (melebihi 80% kalah kerusi) di 6 negeri.. Selangor (kalah 97.8%), Johor (kalah 97.6%), P.Pinang (kalah 95.2%), Perak (kalah 93.2%), Perlis (kalah 86.7%) & Pahang (kalah 80.5%).

KENAPA Nik Amar tak berani bgtau kedudukan kerusi2 Parlimen yg dipertandingkan PAS kpd pendengar kuliah beliau ??!.. Sebabnya malu nak bgtau kekalahan teruk pada kerusi Parlimen.

FAKTA kedudukan kerusi PAS pada PRU14:

FAKTA No (6):
Daripada 13 negeri & 3 Wilayah Persekutuan PAS bertanding, HANYA 3 negeri shj PAS perolehi kerusi yg menang itu hanya Kedah, Kelantan & Terengganu. Bermakna PAS kalah teruk 81.3% di kawasan Parlimen. 13 Parlimen lain PAS TIADA LANGSUNG MENANG.

FAKTA PAS HILANG DEPOSIT (PRU14):
Jumlah hilang deposit PAS bg keseluruhan kerusi Parlimen & DUN adalah sebanyak RM1.345 juta. Parlimen (RM690,000) & DUN (RM655,000).

Kes Scorpene: Mat Sabu setuju jumpa peguam Perancis



Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bersetuju untuk bertemu dengan peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram untuk memfailkan saman di negara itu mengenai penglibatan Malaysia dalam urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2001.
Mengulas soalan wartawan Malaysiakini jika beliau bersedia diberi taklimat oleh peguam William Bourdon dan Apoline Cagnat berhubung kes yang sedang didengar di mahkamah di Paris, Mohamad menjawab, "(sedia) pada bila-bila masa."
"Mereka perlu menulis kepada saya secara rasmi mengenai perkara itu supaya kami boleh menentukan tarikh kunjungan mereka ke Malaysia," Mohamad memberitahu Malaysiakini, ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran menteri itu di kampung halamannya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.
Ditanya jika larangan perjalanan jabatan imigresen terhadap Bourdon yang dikenakan pada 2011 akan ditarik balik bagi membolehkan peguam berkenaan masuk ke Malaysia tanpa sekatan bagi menjalankan tugas mereka, Mohamad memberikan jawapan yang positif.
"Ya, boleh jadi, seperti orang lain yang pernah dikenakan sekatan perjalanan yang kini dibenarkan masuk ke negara ini seperti editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown," katanya.
Mohamad berkata usaha kini sedang giat dijalankan untuk membentuk pasukan atau jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai kontrak yang ditandatangani dengan Kementerian Pertahanan, termasuk perjanjian membeli kapal selam Scorpene, yang menjadi kes mahkamah di Paris.
Kes itu, yang difailkan Suaram pada tahun 2011, melibatkan dakwaan pembayaran sogokan berjumlah berjuta-juta ringgit kepada pegawai Malaysia.
"Saya telah berbincang hal itu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kami sedang merancang membentuk jawatankuasa untuk mengkaji kontrak-kontrak ini," kata Mohamad.
"Kami akan mengendalikan perkara berkenaan secara profesional dan seperti yang saya katakan sebelum ini, tindakan kami akan berdasarkan kepada fakta dan bukan khabar angin," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena