Wednesday 23 May 2018

[Video Ho, ho, hooo RM 500K dijumpai Hasil Serbuan SPRM keatas kediaman AZEEZ RAHIM] Arul Kanda tiba di MOF & PAS faham ke apa Arul Kanda cakap? Takiyuddin: Kenyataan peguam Wan Zainuddin tidak wakili PAS...Pulak!

Rabu, 23 Mei 2018

Arul Kanda tiba di MOF


PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?


Patutlah Kita Ditipu Hidup-Hidup... 
Image may contain: 8 people, people standing and text

Image may contain: 1 person, text
Tumpang sekole.

Kenyataan peguam Wan Zainuddin tidak wakili PAS

PAS hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, Wan Zainuddin Wan Musa yang mendakwa kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shukri Abdull berkaitan 1MDB bersifat prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah mewakili parti berkenaan.
Sehubungan itu, menurut setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, kenyataan Wan Zainuddin bersifat individu dan tidak dikeluarkan atas nama parti.
“PAS dengan ini mengesahkan tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan lain mengenai isu yang dibuat atas nama PAS, sama ada oleh pimpinan mahupun ahli PAS.
“PAS telah menetapkan kenyataan rasmi berkaitan pandangann dan pendirian PAS dalam semua isu-isu utama hanya boleh dikeluarkan oleh presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Wan Zainuddin dilaporkan berkata kenyataan Shukri amat tidak perlu dikeluarkan secara terbuka kerana ia akan secara langsung mewujudkan persepsi bahawa memang wujud campur tangan politik dalam kes ini sebelum ini.
Menurut Zainuddin, ia tidak patut dikeluarkan pada hari yang sama Najib dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM.
Kenyataan Zainuddin itu ditulis di Facebooknya dan kemudian ia dikongsi oleh PAS Selangor.
Takiyuddin menegaskan kenyataan oleh Zainuddin tiada kaitan dengan PAS.
“Kenyataan berkenaan tidak ada kaitan dan tidak sekali-kali mewakili PAS. Sebaliknya adalah kenyataan individu berkenaan semata-mata,” katanya lagi.
 Mk.

Arul Kanda hadir di Kementerian Kewangan

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy hadir ke Kementerian Kewangan tengah hari ini, kemungkinan untuk bertemu dengan menterinya Lim Guan Eng.
Arul Kanda tiba pada kira-kira 2.50 petang di ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya.
Semalam, Lim berkata beliau mahu penjelasan daripada Arul Kanda berhubung kemampuan syarikat itu membayar faedah berjumlah RM143.75 juta sebelum tarikh akhir iaitu 30 Mei ini.
Lim berkata, 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bailout" daripada kerajaan BN sebelum ini, untuk pembayaran faedah dan penyelesaian kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena