Thursday 24 May 2018

[Video RAJA PERLIS DUKACITA & Shahidan isytihar Azlan Man sebagai MB Bebas] MB Perlis Di Pecat Umno! Shahidan isytihar Azlan Man sebagai MB Bebas.

Khamis, 24 Mei 2018


MB Perlis Di Pecat UMNO


Foto Suara Rakyat.

Disebabkan Raja Perlis tak mahu adik Shahidan Kassim dilantik jadi MB Perlis, tiba-tiba 9 adun BN boikot majlis angkat sumpah MB.

TAHUKAH ANDA..
Raja Perlis menitahkan.. "Kalau Shahidan nak jadi MB tandinglah di DUN, bukannya bertanding di Parlimen. Saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar"

TIBA-TIBA..
Slps saja Datuk Seri Azlan Man yang baru mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis pagi tadi, MB Perlis yg baru itu telah dipecat sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta merta yg dipengerusikan oleh Shahidan Kassim !!!

Sunggah jahat 'DAP' Perlis ni.

NAMPAK TAK !!!

Shahidan isytihar Azlan Man sebagai MB Bebas



Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini menuntut Datuk Seri Azlan Man yang mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perlis pagi ini dipecat serta-merta.
Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, beliau berkata Azlan sepatutnya tidak terima pelantikan itu kerana tak mendapat sokongan majoriti.
Beliau juga berkata, dirinya selaku pengerusi Umno Perlis telah memecat keanggotaan Azlan dan  sedang menunggu pengesahan pemecatan daripada Umno Pusat.
"Kita memecat Azlan Man berkuatkuasa hari ini.
"Selepas ini pusat yang kena maklumkan dan keluarkan surat.
"Sekarang dia jadi menteri besar bebas," katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri oleh sembilan ADUN BN Perlis yang gagal hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu pagi ini.
Majlis mengangkat sumpah jawatan menteri besar pagi tadi dihadiri oleh tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS hadir.
Shahidan juga memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan pentadbiran negeri dan meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dalam pelantikan menteri besar itu.
Katanya, Azlan Man dilantik tanpa surat perlantikan dari BN dan tindakan melantik seseorang yang tidak dapat sokongan majoriti sebagai menteri besar adalah tidak beretika dalam perlembagaan.
Pada pilihan raya umum ke-14, BN memenangi sepuluh daripada 15 kerusi DUN di Perlis, termasuk DUN Bintong yang dimenangi oleh Azlan.
Pakatan Harapan pula memenangi tiga kerusi dan PAS dua.
Selepas lebih dua minggu, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang gagal menubuhkan kerajaan negeri.
Pada Rabu lalu, naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyembah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Beliau diiringi naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Adalah dipercayai pertemuan itu adalah berhubung isu pelantikan menteri besar.
Kegagalan membentuk kerajaan itu dikaitkan dengan krisis dalaman, bermula dengan tindakan pengerusi Shahidan yang menamakan adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai menteri besar baru.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena