Tuesday 29 May 2018

[Video Detik - Khidmat Pegawai Pengiring Di Tarik! Najib Ucap Selamat Tinggal] Pengawal keselamatan Najib dikurangkan sesuai status bekas PM.

Rabu, 30 Mei 2018

Pengawal keselamatan Najib dikurangkan sesuai status bekas PM

Ketua Polis Negara Mohamad Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan khidmat pengawal peribadi kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah ditarik balik adalah sejajar dengan statusnya sebagai bekas perdana menteri.
Ditanya bagi mengesahkan kesemua pembantu dan pengawal Najib ditarik balik khidmatnya kecuali seorang pembantu ADC (Aide De Camp), Fuzi menafikan perkara itu.
Beliau berkata sebagai bekas perdana menteri, Najib masih layak mendapat faedah keselamatan tertentu.
"Kita akan maintain mengikut SOP (Prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Bekas PM ada kelayakan tertentu, kita akan akurlah. ADC kita kekalkan, ADC untuk Datin Seri (Rosmah Mansor), beberapa pegawai peribadi. pemandu kita akan kekallah"
"Tetapi kita scale down lah, bukan seperti mana sebelum tu," kata Fuzi kepada wartawan di Bukit Aman malam ini selepas majlis berbuka puasa.
Sehubungan itu Fuzi menegaskan adalah tidak benar bahawa khidmat semua pegawai keselamatan Najib telah dibatalkan.
"Tidak, tidak semuanya ditarik balik. Kita akan tetapkan SOP seperti disebut. Ada bodyguard dan ada driver, kita akan kekalkan," jelasnya.
Dalam kenyataan di halaman Facebook pada malam ini, Najib berkata khidmat pengawal dan pengiring keselamatannya telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.
Mereka terdiri daripada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas dan pegawai lain yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan terhadapnya di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana sebelum ini.
Najib berkata hanya seorang pegawai ADC dikekalkan. 
Beliau turut berkongsikan gambar ketika memberikan tabik hormat kepada mereka dalam acara perpisahan penuh emosi di laman Facebooknya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena