Wednesday 23 May 2018

[Video LANGSUNG: SPRM – Najib beri keterangan kali kedua] AMK gesa beku aset bekas menteri BN.

Khamis, 24 Mei 2018

AMK gesa beku aset bekas menteri BN


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan membekukan aset dan harta milik menteri kabinet dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan tidak berlaku aliran wang keluar atau cubaan membawa lari aset dari dalam negara.
Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin berkata ini kerana AMK berpendapat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu kesalahan bersama dan beliau mendakwa setiap menteri kabinet dan angggota Parlimen BN ketika pentadbiran Najib turut sama 'bersubahat' membenarkannya terus berlaku.
"Angkatan Muda Keadilan terkesan dengan pengumuman Menteri Kewangan yang baharu Lim Guan Eng bahawa sejak April 2017, rakyat Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah terpaksa membayar hampir RM7 billion bagi melangsaikan pembayaran hutang yang ditinggalkan daripada penyelewengan 1MDB.
"Pengumuman ini sememangnya telah membenarkan segala dakwaan kami selama ini bahawa regim Umno-BN telah menggunakan dana awam dan secara langsung memaksa rakyat untuk menanggung beban hutang daripada ketirisan dan kebocoran yang diakibatkan oleh pelaksanaan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata adalah tidak wajar hanya Najib seorang yang dipertanggungjawabkan kerana setiap anggota kabinet dan anggota Parlimen BN, kecuali mereka yang telah dipecat atau melepaskan jawatan sebagai tanda protes, mempunyai tanggungjawab bersama dalam perkara itu.
"Mereka bukan hanya gagal untuk menghalang perdana menteri tetapi turut meluluskan dan membenarkan jenayah 1MDB untuk terus berlarutan,” katan Dr Afif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena