Sunday, 23 September 2018

[Video Umno mungkin tak letak calon di PD] BERSATU tidak terima BEKAS PEMIMPIN UMNO dengan mudah! Kesian ada yg SENTAP, tak jadi keluar Umno & Lewat, Liwat dan Undang-Undang Lapuk.

Ahad, 23 September 2018


Related image
Dah 3 pilihanraya kecil di selangor, pas & umno bukan lagi mengorat, tapi dah berkongsi ranjang. Saya setuju dgn nik amar yg sijil nikah memang belum ada. Dan kerana itulah juga org panggil pas umno bermukah. - Abu Fazli
Tumpang sekole.

BERSATU TIDAK TERIMA BEKAS PEMIMPIN UMNO DENGAN MUDAH? ADA YG SENTAP, TAK JADI KELUAR UMNO?


Penafian demi penafian... 
"Saya masih ahli Umno" 
"Saya masih setia dengan Umno.."
"Itu khabar angin.. 
Kikikiki
Posted by 

Lewat, Liwat dan Undang-Undang Lapuk


SOAL lewat tidak timbul apabila kita membincangkan apa saja hal yang membawa kebaikan atau yang relevan kepada masyarakat.

Sama ada isu warna kasut murid yang melancarkan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik ke stratosfera atau undang-undang hubungan seks sejenis yang dikatakan ketinggalan zaman oleh Datuk SeriAnwar Ibrahim, hal seperti itu tidak pernah lewat untuk dibincangkan.

Cuma jangahlah disensasikan seolah-olah warna kasut murid dan seks sesama jenis adalah isu hidup mati.

Berkenaan warna kasut, saya kata macam inilah: apa yang ada di kaki tidak sepenting apa yang ada di kepala.

Zaman saya dulu, ramai berkaki ayam ke sekolah sebab miskin atau kerana jalan berlumpur tapi jadi cerdik pandai sebab guna otak.

Berkenaan liwat, saya sudah sentuh secara tidak langsung dalam tampalan 5 September berjudul “Berpada-padalah Sensasikan Isu LGBT”.

Jadi saya tidak akan bahas isu undang-undang liwat atau mana-mana undang-undang berkaitan hubungan seks sesama jenis yang dikatakan ketinggalan zaman itu.

Saya serahkan tajuk itu kepada pihak-pihak yang pakar mengenainya.

Cuba Jangan Lewat

Yang hendak saya bahaskan adalah masalah lewat. Masalah lewat ini sudah menjadi tabiat dan maladi yang teruk di negara kita.

Dalam memilih tajuk lewat, saya tidak sekali-kali bertujuan mengatakan bahawa isu berkaitan liwat tidak penting. Tapi pada pandangan saya, isu lewat lebih penting sebab ramai yang terlibat.

Menteri lewat, guru lewat, murid lewat, polis lewat, doktor lewat, kereta api lewat, kapal terbang lewat, bas Rapid KL lewat, mesyuarat lewat, habis mesyuarat lewat, lewat klimaks dan macam-macam lagi. Ada pula yang lewat bayar hutang sampai lupa terus.

Salah satu sebab kita susah hendak jadi negara maju adalah kerana kita tidak ada disiplin. Menepati waktu adalah ciri disiplin yang sangat penting.

Negara maju sangat mengutamakan waktu dan disiplin. Islam pun mengutamakan waktu dan disiplin. Sembahyang fardu lima kali sehari adalah penanda aras disiplin dan menepati waktu.

Tapi ia nampaknya tidak sikit pun membantu orang Islam berdisiplin dan menghormati waktu. Orang Melayu dengan orang Arab yang majoritinya Islam, sama saja.

Bila berjanji hendak berjumpa sekian-sekian waktu, berulang kali menyebut insya Allah – dengan izin Allah – tapi jarang sekali ditepati.

Hatta majlis di masjid dan surau pun selalu lewat, tersasar waktu sampai ambil waktu solat. Orang yang datang untuk solat berjemaah, ada yang terpaksa solat sendirian kerana tidak boleh tunggu sebab ada urusan lain.

Maaf cakaplah kalau saya kata, Islam nampaknya tidak mengajar apa-apa kepada ramai orang Melayu selain berlumba-lumba berjubah dan berserban supaya nampak macam orang Arab.

Zaman saya dulu, kita tidak pakai jubah dan serban. Tok guru dan tok haji saja yang pakai. Itu pun bukan semua. Ada tok guru ternama di Kedah, sampai akhir hayat mereka tak pakai macam Arab. Mereka pakai kain dan baju teluk belanga.

Pakailah fesyen apa dan kasut warna apa pun kalau tak manfaatkan “grey matter” (otak) dan tidak berdisiplin, tidak akan ke mana-mana.

Malah ramai orang Islam guna kelonggaran waktu sembahyang untuk curi tulang. Ada yang pergi membeli-belah dan ada yang tidur.

Switzerland mencipta dan mengeluarkan jam terbaik di dunia. Tetapi orang Swiss lebih yakin kepada jadual kereta api mereka bagi menentukan waktu sebab kereta api mereka jarang sekali lewat. Kelewatan maksimum adalah tiga minit.

Jadi eloklah kita tinggalkan amalan suka lewat dan kita cuba sedaya upaya untuk tepati masa.

Wallahuaklam.

A Kadir Jasin

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena