Thursday 27 September 2018

[Video Muhyiddin tak dapat terima kerajaan perpaduan Umno-Harapan] 'Melayu Bangkit' berjaya membatalkan Hak Milik Awam kpd Hak Milik Umno? Akibatnya 'Stesen Bas Kg Gajah' sudah lenyap, Yeop! Jatuhnya pemerintahan Era-Umno yg GAH berkuasa, bongkak & sombong! Polis siasat Arul Kanda selama 5 jam.

Khamis, 27 September 2018

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.


Otai BERSIH menambah 4 foto baharu· 
Terima kasih Umno Pasir Salak berjaya membatalkan hak milik Awam kpd Hak milik Umno. Terjawaplah teka teki org kg gajah selama ini. Stesen bas kg gajah sudah lenyap!! Umno terus bangkit rakyat Jgn tido..!!
Foto Suara Rakyat.
Bila gah berkuasa jadi bongkak sombong, tak mahu terima teguran & nasihat rakyat di bawahnya..
Akhirnya memakan diri sendiri..

Polis siasat Arul Kanda selama 5 jam

Polis dipercayai telah memanggil bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Seri Arul Kanda Kandasamy semalam untuk mendapatkan keterangannya berhubung 1MDB.
Sumber yang rapat dengan siasatan 1MDB berkata Arul antara beberapa individu yang dipanggil berhubung ceramah yang diadakan sebelum pilihan raya umum lalu.
"Arul mengadakan beberapa ceramah mengenai 1MDB.
"Polis menyemak fakta yang telah disebutkan dalam ucapannya semasa siri jelajahnya untuk menjelaskan mengenai 1MDB sebelum pilihan raya umum ke-14," kata sumber berkenaan.
Sumber itu menambah ada kemungkinan besar Arul akan didakwa atas jenayah pecah amanah dalam masa terdekat, namun bergantung kepada perkembangan siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan.
"Ya, saya sahkan," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei lalu, Arul mengadakan ceramah di seluruh negara sebagai respons terhadap tindakan pembangkang yang didakwanya menyebarkan "maklumat salah" mengenai 1MDB.
Selepas PRU, Arul dan pegawai 1MDB lain dipanggil ke Kementerian Kewangan di mana beliau mengatakan tidak pasti berkaitan nilai pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) sama ada benar-benar wujud atau sebaliknya.
Perkara itu diberitahu oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menggelar Arul sebagai "tidak jujur ​​dan tidak boleh dipercayai".
Pada Jun, media melaporkan Arul dipecat daripada jawatannya, dua hari sebelum kontrak sebenarnya tamat pada 30 Jun.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena