Friday 21 September 2018

[Video Mat Sabu Sebak & Ini Style Bang Mat] 3 TAHUN AMANAH, SATU KEJAYAAN Amanah harus membuka pintu kepada bekas PEMIMPIN PEMBANGKANG! Malaysia tidak terima perkahwinan sejenis LGBT, kata Mahathir.

Jumaat, 21 September 2018

Image result for tok pa naik teksi
AMANAH HARUS MEMBUKA PINTU KEPADA BEKAS PEMIMPIN PEMBANGKANG.
Foto Parti Amanah Negara.
3 TAHUN AMANAH, SATU KEJAYAAN, AMANAH HARUS MEMBUKA PINTU KEPADA BEKAS PEMIMPIN PEMBANGKANG
1. Perkembangan mutakhir politik yang menyaksikan kerjasama politik antara UMNO dan PAS telah membuka lanskap baru politik tanahair. Kerjasama politik ini yang berpaksikan kepada ideologi ketuanan Melayu-Islam telah menimbulkan reaksi berbeza di kalangan ahli dan pemimpin kedua-dua parti. Kerjasama politik ini telah mengiyakan dakwaan ramai pemimpin Pakatan Harapan terutama Parti Amanah Negara (AMANAH) bahawa telah wujud hubungan ‘cinta baru’ antara kedua-dua parti itu.
2. Cinta baru ini yang telah mewujudkan perpecahan dalam PAS dan membawa kepada penubuhan AMANAH dan perpecahan Pakatan Rakyat. Justeru, kewujudan AMANAH telah berjaya menyelamatkan koalisi pakatan pembangkang sebelum ini dengan penjenamaan baru ‘Pakatan Harapan’. Penubuhan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menyuntik kekuatan tambahan kepada perjuangan rakyat menumbangkan Barisan Nasional pada 9 Mei 2018. Walaupun AMANAH dan PPBM mempunyai jumlah kerusi yang lebih kecil di dalam Pakatan Harapan, namun sumbangan besar kedua-dua parti inilah yang berjaya mengangkat Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad.
3. Dengan kemenangan 11 kerusi Parlimen dalam Pru ke-14 yang lalu dan 10 jawatan dalam menteri kabinet, ia merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang besar bagi sebuah parti yang hanya berusia 3 tahun. Pencapaian ini sudah pasti hasil kolaborasi usaha gigih ahli amanah samaada di lapangan atau sosial media dan strategi bijak pemimpinnya. Namun, AMANAH tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan itu dan harus bergerak lebih aktif dan efisyen bagi meluaskan pengaruh dan sentiasa berada di dalam mainstream politik tanahair.
4. Konsep ‘houlier than thou’ mesti dibuang dari benak pemikiran ahli dan pemimpin AMANAH. AMANAH harus membuka pintu dan bersedia menerima kemasukan mana-mana ahli dan pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen yang kini UMNO dan PAS. AMANAH harus bijak mengambil peluang di atas ketidakpuashatian mereka kepada halatuju baru UMNO-PAS sekarang. Konsep ‘rahmatan lil alamin’ yang diperjuangkan AMANAH akan diangkat sebagai suatu ideologi baru merentasi perbezaan kaum dan fahaman politik jika dasar inklusif dan progresif ini benar-benar diimplementasikan.
5. Kemasukan mereka tidak akan mengubah dasar perjuangan AMANAH, sebaliknya mereka akan memahami dan bersama-sama mengangkat dasar perjuangan AMANAH. Dasar tadbir urus baik dan integriti tetap menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Kemasukan mereka tidak merosakkan amalan demokrasi kerana bukannya bertujuan menjatuhkan kerajaan. Ia juga suatu amalan yang dibenarkan demokrasi dan undang-undang di mana ‘anti-hopping law’ diputuskan tidak berperlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v. Nordin Salleh.
6. Kemasukan mereka ke dalam AMANAH juga akan memberikan dimensi baru kepada AMANAH dan seterusnya menguatkan parti ini. Pengajaran daripada kisah Abu Sufian memeluk Islam dalam ‘fathul Makkah’ telah menguatkan perjuangan Islam ketika itu. Sebagai sebuah parti politik, AMANAH harus bergerak mengikut kehendak masa dan massa selagi mana tidak tergelincir dari orbit perjuangannya. Politik harus berpaksikan relativism dan bukannya absolutism, realis mengatasi idealis. AMANAH perlu mencari ruang dan peluang baru untuk sentiasa relevan di mata rakyat. Politik adalah ‘art of possible’. AMANAH perlu berubah untuk mengubah.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KETIGA AMANAH
FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH
21 SEPTEMBER 2018
Foto Faz Rahibah.
Malaysia tidak terima perkahwinan sejenis LGBT, kata Mahathir

Malaysia tidak terima perkahwinan sejenis LGBT, kata Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk perkahwinan sejenis.
Beliau menegaskan sistem nilai di negara ini tidak sama seperti sistem nilai di negara-negara Barat yang lebih bebas.
“Di Malaysia ada perkara-perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.
“Kita tidak boleh terima lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, hari ini lapor Bernama.
Dr Mahathir berkata konsep keluarga di negara ini masih kekal iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak-anak atau anak angkat, manakala perkahwinan sejenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat JKKMAR yang turut dihadiri wakil Suhakam, bersetuju dengan syor supaya Akta Suhakam dipinda bagi memperkasakan suruhanjaya itu.
Beliau berkata pindaan itu antara lain termasuk meningkatkan kuasa Suhakam dalam aspek penguatkuasaan dan mengadakan mediasi atau pengantaraan.
Dr Mahathir berkata Suhakam juga memohon agar laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena