Friday 21 September 2018

[Video Dr M nafi arah pihak berkuasa bertindak pada pemimpin Umno] ANWAR YANG TERLEBIH GHAIRAH & Setelah bergelar MP PD bolehkah beliau bersabar setahun setengah lagi! Atau...?

Jumaat, 21 September 2018

No automatic alt text available.
Psy-war game to split Harapan... 
Image may contain: 1 person, text
Tak Rasa Malukah UMNO Nak Bergabung  Dengan Anwar? 

ANWAR YANG TERLEBIH GHAIRAH...


Di sebalik Anwar Ibrahim pernah mengatakan tidak akan tergesa-gesa untuk kembali ke Parlimen, apa lagi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad, realitinya ramai yang melihat beliau kadangkala terlebih ghairah kepada jawatan tersebut.

Khususnya setelah kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan untuknya kembali sebagai Ahli Parlimen, beberapa kenyataan beliau kebelakangan ini jelas menggambarkan hakikat tersebut.

Ketika Menteri Pendidikan, Mazlee Malik berdepan kritikan umum berhubung kedudukannya sebagai Presiden UIAM, Anwar tampil mengatakan beliau akan bertemu dengan menteri tersebut dalam waktu terdekat ini.

Pertemuan itu mungkin sudah diadakan, cuma setakat ini tiada sebarang khabar berita mengenainya.

Kata Presiden PKR itu, pertemuan dengan Mazlee adalah bagi membincangkan beberapa keputusan yang dibuat menteri berkenaan yang tidak diterima baik oleh sesetengah pihak.

Persoalannya, wajarkah Anwar atas kapasitinya hanya sebagai bakal Perdana Menteri sudah mula melakukan kerja-kerja pemantauan terhadap menteri-menteri yang dilantik oleh Tun Mahathir?

Bukankah, jika pun ingin melakukan teguran atau memberi nasihat kepada menteri-menteri, ia sepatutnya dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan bukannya Anwar?

Kemudian Anwar juga bercakap mengenai rombakan kabinet setelah beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri nanti.

Anwar tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan dan keputusannya adalah berdasarkan prestasi menteri sedia ada.

"Saya fikir  pilihan sentiasa diberikan kepada pemimpin baharu untuk membuat keputusan.

"Jika mereka efektif, mereka akan diteruskan. Tetapi, jika mereka biasa-biasa saja atau tidak mempunyai kepakaran atau prestasi mereka lemah, sudah tentu kita perlu semak semula," katanya lagi.

Ehh..kenapa cepat sangat Anwar nak bercakap soal rombakan kabinet?

Seterusnya, Anwar juga menyatakan keterbukaannya untuk mewujudkan jawatan khas setelah Tun Mahathir tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya, mewujudkan satu peranan khas seperti menteri kanan  atau menteri mentor seperti di Singapura tidak akan menjadi masalah jika hubungan beliau dengan Tun Mahathir kekal mesra.

Walaubagaimapun, Anwar percaya bahawa Tun Mahathir tidak akan berminat untuk terus berada dalam kerajaan ketika itu.

Dalam sebuah forum dengan pelajar Singapura baru-baru ini pula, ketika ditanya perasaannya melihat Tun Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei lalu, Anwar berkata, sepatutnya  yang mengangkat sumpah itu adalah dirinya.

Walaupun kemudiannya Anwar menjelaskan kenyataannya itu hanya bergurau dan sekadar menjawab pertanyaan yang ditujukan kepadanya, gambaran jelasnya ialah keghairahan beliau kepada kerusi Perdana Menteri semakin memuncak kebelakangan ini.

Bagaimana agaknya keghairahan Anwar seterusnya setelah bergelar Ahli Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober nanti?

Bolehkah beliau terus bersabar menanti tempoh kira-kita setahun setengah lagi sebelum Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya?

Atau....????? (ShahbudinHusin 21/09/2018)

1 comments:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Memang patut pun Anwar terasa lebih 'ghairah' bila PH menang kerana dia telah mengharungi pelbagai rintangan dan kepayahan dalam menjatuhkan rejim BN. Mungkin mereka yang baru sedar tidak pernah menghadapi kepayahan dalam perjuangan merasa biasa tetapi golongan yang pernah bersusah payah mereka akan rasa sangat teruja.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena