Tuesday 25 September 2018

[Video Rosmah tiba di SPRM Putrajaya] 'Berita Sedih'! Adakah ibu kesayangan rakyat Malaysia bakal didakwa dalam masa terdekat ini?

Rabu, 26 September 2018
Foto Suara Rakyat.
#BeritaSedih: Adakah ibu kesayangan rakyat Malaysia bakal didakwa dalam masa terdekat ini ?

Tidak adil lah jika suami sahaja dah didakwa, tetapi isteri tidak...

Mana satu pilihan di hati, Sungai Buloh atau Kajang..?

Rupa2nya Najib dapat ilham perlunya buat MRT Sungai Buloh-Kajang untuk kemudahan & kesenangan rakyat jelata.. Mudah lah rakyat nanti nak menziarahi mereka berdua di sana..

Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM

Sehari selepas anaknya Riza Aziz, hari ini giliran Datin Seri Rosmah Mansor pula untuk ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini merupakan kali kedua dalam tempoh tiga bulan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu dipanggil ke SPRM untuk soal siasat.
Berbaju kurung hijau, beliau tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bersama seorang pembantu pada kira-kira pukul 9.50 pagi.
Beliau kelihatan tersenyum dan sempat berbual-bual dengan pegawai SPRM yang menunggunya di lobi.
Khabar angin kuat bertiup bahawa beliau mungkin ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah esok.
Ketika ditanya tentang perkara itu, peguamnya Datuk K Kumaraendran berkata beliau tidak tahu-menahu tentang perkara itu.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, timbalan pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki menafikan Rosmah akan ditahan dan didakwa.
"itu tidak betul," katanya ktika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Pada 5 Jun lalu, Rosmah dipanggil buat kali pertama dan disoal siasat selama lima jam bagi membantu siasatan terhadap bekas subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Akhbar New Straits Times sebelum ini melaporkan Rosmah mungkin menghadapi 20 pertuduhan jenayah tidak lama lagi.
Dua hari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata suruhanjaya itu telah menyiapkan siasatan terhadap Rosmah dan telah menyerahkan kerta siasatan ke Pejabat Peguam Negara.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena