Friday 21 September 2018

[Video Komen KJ Tentang 17 Nama Tular Mungkin Keluar Umno & Rumah Tun Rahah "Bukan Serbu, Cuma Buat Pemeriksaan" - PDRM] Setelah Najib didakwa dgn 25 pertuduhan TETIBA Ahmad Maslan hilang? JANGAN SENTAP dengan pemeriksaan polis di rumah ibu Najib.

Sabtu, 22 September 2018


Foto Suara Rakyat.
Setelah 'boss' mereka Najib didakwa dgn 25 pertuduhan kes 'derma' RM2.6 bilion, tiba-tiba hilang senyap sunyi Ahmad Maslan skrg..
Mana dia pergi ??!

Jika benar Ahmad Maslan didakwa menerima RM2 juta itu, kenapa diberi slps PRU13 ??!

JANGAN SENTAP DENGAN PEMERIKSAAN POLIS DI RUMAH TUN RAHAH

Dalam apa juga kes, terutama untuk mencari bahan bukti, apabila pihak polis melakukan serbuan atau pemeriksaan, ia tentulah berdasarkan maklumat yang mereka terima.

Ada ketikanya maklumat yang diterima itu betul dan ada kalanya tidak berapa tepat.

Tetapi, demi tugas dan tanggungjawab, ia tetap kena dilakukan walaupun terpaksa pulang dengan tangan kosong. Itulah tugas dan tanggungjawab polis.

Dalam siasatan kes skandal 1MDB yang melibatkan Najib Razak, jika pihak polis menerima maklumat perlunya melakukan pemeriksaan di rumah ibu beliau iaitu Tun Rahah, maka ia ia juga tidak terkecuali dari skop tugas da tanggungjawab polis tersebut.
Pemeriksaan itu bukan dilakukan kerana Tun Rahah merupakan isteri kepada Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara, sebaliknya dilakukan atas kapasitinya sebagai ibu kepada Najib yang ketika menjadi Perdana Menteri sebelum 9 Mei lalu didapati telah terlibat dengan skandal kewangan terbesar dunia serta sedang didakwa di mahkamah.

Pemeriksaaan juga dilakukan kerana Najib turut dipercayai kerap pergi ke rumah ibunya itu dan mungkin ada apa-apa bukti yang terdapat di situ.  Itu saja dan semua ini adalah proses biasa sebenarnya.

Dalam hal ini, baik ahli keluarga Najib atau mana-mana penyokongnya, mereka tidak perlu sentap hati atau cuba meraih simpati rakyat berikutan tindakan polis di rumah ibunya itu.
Jangan alihkan daripada isu sebenar. Isu sebenar ialah berkenaan Najib dan bukannya Tun Razak. Jika kasihan atau simpati dengan Tun Rahah, sentaplah dengan Najib yang ada skandal itu.

Pihak polis hanya melakukan kerjanya dan tiada yang salahnya dengan pemeriksaan yang dilakukan polis itu. 

Jika Najib tidak pernah terlibat dengan skandal 1MDB, sudah tentu Tun Rahah tidak perlu melalui pengalaman rumahnya diperiksa oleh oleh pihak polis itu.

Jadi, jangan salahkan pihak polis, tapi salahnya terletak pada Najib. Juga jangan dikaitkan dengan Tun Razak, sebaliknya kaitannya adalah dengan anak Tun Razak yang bernama Najib.

Tambahan lagi, polis bukanlah melakukan serbuan secara ganas atau sebagainya, tetapi hanya pemeriksaan dengan cara yang penuh hormat dan bererika. 
Pihak polis bukan tidak kenal siapa Tun Rahah. Sebab itu ia dilakukan dengan baik, malah mendapat kerjasama daripada Tun Rahah sendiri dan ahli keluarga lain yang ada di rumah tersebut. (ShahbudinHusin 22/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena