Tuesday, 25 September 2018

[Video Zahid, Anwar rapat sebab itu BN boikot Port Dickson & Adakah Umno dlm proses menutup kedai] Woi, Umno dah macam BIAWAK HIDUP, ratusan juta CASH DISITA, baru sekarang sedar nak KELUAR UMNO? Penggubahan Wang Haram: Surat panggilan daripada pihak polis kepada UMNO Bahagian Batu? Akan berduyun2lah Ketua UMNO Bahagian keluar Umno...

Selasa, 25 September 2018


 Tersebar satu surat panggilan daripada pihak polis kepada UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan untuk hadir memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan penggubahan wang haram. Ketua UMNO Bahagian Batu ketika ini ialah Senator Yahya Md Ghani atau Abas.
Posted by 

ADAKAH LEBIH RAMAI AKAN KELUAR UMNO SELEPAS INI?

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Cheras di Wilayah Persekutuan, Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada UMNO.

Beliau memberi alasan tindakannya keluar UMNO adalah demi survival Melayu.

Hairan juga alasan itu dan apakah bermakna UMNO selama ini bukan berjuang untuk orang-orang Melayu?

Atau perjuangan Melayu oleh UMNO itu telah hilang bersama hilangnya kuasa parti itu selepas PRU14 yang lalu?

Meskipun Syed Ali tidak menyebut parti mana yang akan disertainya selepas ini, tetapi pada Ahad lalu beliau bersama bekas menteri, Syed Hamid Albar telah hadir dalam majlis ulang tahun ketiga parti Amanah di Temerloh, Pahang.

Dengan itu ada kebarangkalian dan kemungkinan besar bahawa Syed Ali akan memilih Amanah sebagai wadah baru perjuangannya.

Apa pun pilihannya, selamat meneruskan perjuangan buat Syed Ali, meskipun kawasan Cheras sejak azali lagi sentiasa dikuasai oleh DAP, salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Menjelang petang semalam, tidak lama selepas Syed Ali mengumumkan keluar UMNO, tersebar satu surat panggilan daripada pihak polis kepada UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan untuk hadir memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan penggubahan wang haram.
Surat itu memerintahkan untuk hadir tanpa gagal memberi keterangan kepada pihak polis pada esok, Rabu bersamaan 26 September 2018.

Ketua UMNO Bahagian Batu ketika ini ialah Senator Yahya Md Ghani atau Abas.

Siasatan pihak polis berkaitan penggubahan wang haram itu dipercayai berkemungkinan ada kaitan dengan dakwaan ramai Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara pernah menerima wang tunai daripada Najib Razak yang dipercayai berasal daripada dana 1MDB yang dilencongkan.

Tidak dapat dipastikan siapa lagi Ketua UMNO Bahagian yang turut menerima surat daripada pihak polis itu.

Juga tidak diketahui sama ada Syed Ali ada menerima surat yang sama sebelum beliau membuat keputusan keluar daripada UMNO.
Kiranya ada, apakah kerana surat itu Syed Ali bertindak keluar meninggalkan UMNO?

Bagaimana dengan Ketua UMNO Bahagian Batu selepas ini?

Persoalan lain, adakah lebih ramai lagi Ketua UMNO Bahagian akan turut keluar UMNO di hari-hari mendatang nanti? (ShahbudinHusin 25/09/2018)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena